Najib berdosa besar sebab guna Islam dan perjuangkan melayu.

Hairan juga kenapa Mat Sabu marah betul apabila Presiden UMNO DS Najib Razak bercakap mengenai agama Islam di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Apakah Mat Sabu kepanasan dengan hadis yang dibaca oleh Najib, ataupun Presiden Amanah tersebut rasa terbakar apabila melihat Perdana Menteri mendapat sokongan ahli-ahli UMNO?

Mungkin bagi Mat Sabu, Islam itu hanya dia yang boleh gunakan, dan bukannya orang lain khususnya Presiden UMNO. Mat Sabu menganggap Islam sudah jadi miliknya seorang hinggakan Najib langsung tak boleh bercakap mengenainya.

Hari ini Mat Sabu marah kerana umat Islam gembira apabila Najib sebagai Presiden UMNO menjadikan agama sebagai sebahagian dari Perhimpunan Agung UMNO. Tak mustahil satu masa nanti Mat Sabu akan ‘berfatwa’ bahawa Najib berdosa sebab bercakap mengenai agama.

Dan didalam memperjuangkan bangsa melayu pula, Perdana Menteri dituduh sebagai ‘assobiyah’ iaitu bersikap perkauman melampau. Inilah fahaman dangkal yang cuba Mat Sabu semaikan didalam kepala para penganut Pakatan.

Jika perjuangkan bangsa melayu dianggap sebagai assobiyah, apakah Mat Sabu mahu UMNO berjuang untuk cina dan India sahaja? Bukankah UMNO merupakan parti Melayu terbesar dan dianggotai oleh majoriti bangsa melayu? Presiden UMNO akan dianggap ‘derhaka’ jika meletakkan perjuangan bangsa melayu dibelakang.

Seperti mana PAS yang mengutamakan perjuangan islam, begitu juga UMNO yang memperjuangkan nasib bangsa melayu tanpa meminggirkan agama. Semua rakyat didalam negara tahu akan hala tuju kedua-dua parti melayu ini kecuali Mat Sabu.

Kesimpulannya, Mat Sabu tahu bahawa Najib mampu membawa UMNO dan BN menuju kemenangan di Pilihanraya Umum ke 14 nanti dengan memperjuangkan bangsa melayu seiring dengan menguatkan agama Islam. Jika dibiarkan, pastinya Amanah serta Pakatan akan berputih mata lagi seperti sebelumnya.

Maka sebab itulah Mat Sabu cuba menyebarkan fitnah kononnya Najib mengamalkan sikap assobiyah serta mempergunakan Islam. Ini jalan terdesak Presiden Amanah itu untuk menagih simpati dari rakyat supaya menyokongnya. Tapi Mat Sabu lupa.., rakyat kini bukan lagi bodoh seperti dirinya.. – Big B/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *