Parti AMANAH macam goreng pisang lembik.. Mustafa Ali

Bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa bahawa Parti Amanah Negara (AMANAH) sudah hilang aura, sudah tak panas macam goreng pisang lagi dah, bak kata orang tengok pun dah tak stim.

Ini kerana menurut Mustafa, presiden Amanah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, parti serpihan tersebut sudah suam-suam kuku ekorang Mat Sabu membuat tuduhan tidak masuk akal terhadap PAS kononnya ada kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS). Bila Mat Sabu kena hentam hebat dengan dakwaan tersebut, baru la gelabah biawak cakap yang itu semua adalah rancangan DAP untuk memburukkan PAS.

Parti Amanah sudah mula hilang taring apabila timbul suara-suara yang menyatakan bahawa ahli-ahli Amanah yang lain sebenarnya tidak pernah bersetuju dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Mat Sabu kepada PAS itu. Sebahagian pemimpin utama Amanah tak pernah restu pun tuduhan tersebut.

“Ketika ini, Mat Sabu dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding AMANAH yang dia sendiri sudah sedar telah kehilangan steam dan momentum setelah hanya beberapa bulan ditubuhkan.

“Walaupun majoriti pengundi Cina menyokong DAP tetapi masih terdapat sebahagian mereka yang masih menyokong PAS,” kata Mustafa.

Nampak jelas apa yang dilakukan Mat Sabu sekarang ni hanya untuk kepentingan dirinya sendiri sahaja dan bukannya berjuang sebagai presiden parti demi ahli-ahlinya. Iyela Mat Sabu kan sudah dijanjikan dengan habuan jawatan oleh DAP, sebab tu la dia sanggup jadi macai DAP, buat je apa dorang suruh.

“Ini kerana Mat Sabu sedar bahawa kedudukannya sebagai Presiden AMANAH goyah kerana pengaruh kumpulan Islamis Ikram, Alami dan lain-lain mula meresap dan golongan ini tidak senang dengan Mat Sabu yang mempunyai latar belakang yang diketahui umum.

“Untuk menyelamatkan diri, Mat Sabu tidak kisah untuk menjadi alat atau jurucakap DAP apalagi persepsi umum sudah melihat AMANAH tidak lebih dari proksi DAP,” jelas Mustafa lagi.

Agak-agak la kalau nak jadi anjing DAP pun, jangan benda tak betul dan tak logik pun nak turut jugak, last-last makan diri sendiri haha!-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *