PAS perlu kerjasama dengan UMNO demi Ukhwah dan Ummah

Sebelum ini heboh diperkatakan bahawa konon parti Umno sekarang ni tengah tunggu saat-saat sakaratul maut, tengah nazak dan nyawa-nyawa ikan. Sebab itu la sibuk sangat dok pancing PAS untuk bekerjasama dengan Umno.  Itu adalah antara tuduhan yang dilemparkan segelintir golong ahli PAS yang bencikan perpaduan.

Sebenarnya dakwaan tersebut tidak benar sama sekali kerana pada hakikatnya sekarang ini PAS yang tengah nazak dan tunggu masa nak melingkup. Kalau difikirkan balik, jika betul Umno hanya harapkan PAS untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), jadi kenapa Umno mampu untuk menang pada PRU13 sebelum ini tanpa bantuan PAS??

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN),  Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata sebenarnya PAS sekarang ini berada dalam keadaan keliru dan ‘mamai’. Mereka tidak dapat meneruskan perjalanan dengan lancar kerana tidak mempunyai ‘orang kanan’ sebagai peneman. Jalan untuk dituju PAS dalam keadaan bersimpang siur kerana tidak punya sokongan.

PAS juga sekarang ini tidak mempunyai kawan untuk membantunya menang pada PRU14 kali ini. Oleh itu, hanya Umno sahaja yang mampu memberi nyawa kepada parti Islam terbabit dan menyembalikan zaman kegemilangan semasa pemerintahan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

PAS sekarang ni malu untuk bersetuju mendapatkan bantuan Umno kerana takut dilabelkan sebagai ‘menjilat ludah sendiri’. PAS tidak mengakui bahawa mereka sangat memerlukan bantuan Umno, sedangkan di Selangor PAS hanya bergayut di tepi kain PKR dan DAP, malah hampir-hampir terlepas pautan.

“DAP telah membuli Pas dan tiada reaksi apa-apa daripada Pas. Di Selangor, Pas masih lagi bergantung di tepi kain PKR dan DAP. Perlanjutan masa depan Pas jelas bergantung pada Umno.

“Cuma Pas sekarang ini malu dan segan untuk terlibat dalam kerangka kerajaan perpaduan. Maka terpulang kepada kebijaksanaan Umno untuk mencari ruang yang menang-menang tanpa menjatuhkan maruah Pas,” katanya.

Parti Islam terbabit sepatutnya tidak bersikap angkuh dan terima sahaja perlawaan yang dibuat Umno, hal ini akan menguntungkan PAS juga suatu hari nanti kerana parti mereka kini dilihat hampir mati.

“Malah jika bekerjasama dengan Umno, Pas mempunyai banyak peluang untuk terus berkuasa kerana Pas sekarang dalam keadaan lemah dari segi politik dan ekonomi. Kekuatan Pas dulu datang daripada kelompok penyokong Anwar Ibrahim yang masuk Pas.

“Sekarang kumpulan ini telah keluar dan buka sebuah warung politik baharu, namanya Parti Amanah Negara. Datang PRU14, warung ini mungkin terus ditutup kerana tiada pelanggan,” katanya.- TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *