Peminat Gila kutuk Stacy sambut Krismas bersama keluarga

Buat orang yang beragama Kristian perayaan Krismas memang dinantikan oleh mereka.. Perayaan ini memang disambut meriah, macam kita orang Islam menyambut Hari Raya..

Penyanyi Stacy telah memeluk agama Islam.. Tetapi, kita semua dah sedia maklum keluarganya beragama Kristian, pada perayaan Krismas ini memang seluruh ahli keluarganya menyambut perayaan itu.. Gara-gara memuatnaik satu video berkaitan perayaan Krismas di akaun Instagramnya.. Stacy telah menerima kritikan dari peminatnya..

Antara kritikan yang diterima adalah mengapa Stacy meraikan krismas sedang dirinya sudah memeluk Islam baru-baru ini.. Setiap komen yang diterima langsung tidak dibalas oleh Stacy..

Namun ada beberapa orang peminat tampil ‘backup’ penyanyi itu dan memaklumkan apa yang dilakukan Stacy tak salah kerana dia ingin menghormati ahli keluarganya yang beragama Kristian.. Memeluk Islam bukan sebab untuk kita memutuskan pertalian darah antara mereka..

Kita selalu beri kritikan pada mualaf dan berlagak seperti kita Tuhan yang menentukan dosa pahala orang lain.. Orang yang dah memang dalam IC Islam pun kadang-kadang gaya hidup dan amalan tak macam beragama Islam..

Kita sepatutnya memberi tunjuk ajar dan menasihati cara baik pada golongan mualaf seperti ini.. Silap-silap dorang ini lebih baik dari kita.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *