Petugas Diraja Johor haram guna produk vape.

Menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, satu surat perintah larangan menggunakan rokok elektronik atau vape atau apa sahaja produk berkenaan vape telah dikeluarkan Jabatan Diraja Johor semalam.

Surat perintah larangan yang bertajuk ‘Arahan Larangan Mengunakan Produk Vape’ itu dikeluarkan khas kepada kepada semua kakitangan dan petugas di istana. Kepada yang berkenaan, mereka dilarang keras untuk menggunakan produk tersebut hanya ketika berada di dalam kawasan istana dan sekitarnya berkuatkuasa serta merta.

Kalau luar pada istana lantak korang la haha! Kandungan surat tperintah itu terkandung arahan tersebut.

“Semua pegawai/kakitangan Jabatan Diraja Johor dan petugas dari jabatan lain yang bertugas di istana dilarang sama sekali mengguna produk vape dengan apa cara bentuk sekalipun ketika berada di sekitar kawasan istana dan Rumah VIP yang terdapat dalam negeri Johor.

“Arahan ini berkuatkuasa serta-merta,” kata Pengelola Bijaya Diraja Johor, Brigedier-Jeneral (B) Datuk Ali Musa.

Menurut Ali Musa lagi, bagi sesiapa yang ingkar dan melanggar titah sultan Ibrahim, mereka ini boleh dikenakan tindakan tatatertib sebagaimana Perintah Am Bab D, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Bahagian II – Tatakelakuan; Seksyen 4(2)(i).

Pihak istana memandang serius isu vape dan menjunjung penuh titah Sultan Ibrahim walaupun ada pihak yang merayu supaya kelonggaran diberikan kepada rakyat Johor yang mencari makan dengan hasil penjualan vape.

Sultan Johor tetap dengan pendiriannya kerana mengambil berat soal kesihatan dan kesan akibat penggunaan bahan terlarang itu.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *