Raja Azura Terkilan Kontrak Dengan Sinar Fm Tak Disambung

Sebelum ini Miss A ada menulis artikel tentang penyampai baru untuk untuk slot Sinar Pagi di Sinar FM iaitu kumpulan Sepahtu.. Kehadiran mereka sebagai penyambai baru adalah menggantikan Salih Yaakob dan Kak Engku..

Mulanya Miss A ingat memang penyampai lama rela hati nak undur diri dan beri peluang pada pelapis baru menjadi penyampai radio.. Rupanya, dorang telah digantikan sebab kontrak Raja Azura dan Salih sudah tak disambung..

Sedikit sebanyak perkara macam ni memang menyebabkan penyampai lama agak terkilan.. Menurut Salih, Raja Azura masih tak dapat terima hakikat kontrak dorang tak disambungkan..

Iyerlah, dorang dan deejay-deejay lain kot yang telah sama-sama memperjuangkan radio tersebut sehingga mencapai kejayaan.. Alih-alih dah berjaya, dorang telah dibuang..

“Dia (Raja Azura) masih tidak dapat menerima hakikat lagi. Saya ingatkan, saya keluar, dia yang kekal.

“Keputusan itu benar-benar mengejutkan. Cuma saya dapat rasa sejak tahun lalu lagi, banyak perkara yang diubah dalam Sinar DM termasuklah tagline  ‘Muzik Retro Terbaik’ ditukar kepada ‘Menyinari Hidupmu’, di mana isi kandungan dan hala tuju radio berkenaan juga diubah,” kata Salih Yaakob..

Ahad lalu di program Gegar Vaganza, kumpulan Sepahtu muncul dan membuat pengumuman bahawa dorang akan menggantikan Salih dan Raja Azura bagi segmen Sinar Pagi..

Apapun, Salih terpaksa akur sebab khidmatnya sebagai penyampai radio sudah tak diperlukan.. Walaupun dah sembilan tahun mengendalikan segmen itu..

Secara jujurnya, Miss A agak sedih bila dapat tahu perkara ini..Sepatutnya pihak Sinar perlu kekalkan mereka berdua ini.. Sebab kerana merekalah yang banyak membantu menaikkan nama stesen Sinar..Biar lah mereka yang undur diri dari Sinar..

Macam yang dilakukan Faizal Ismail di stesen radio Hot FM.. Dia yang nak berhenti sendiri dari jadi penyampai radio.. Miss A  doakan akan ada rezeki lagi baik menanti mereka walaupun sudah tak bergelar penyampai radio.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *