Rita Rudaini tak kisah bermulut jahat?

Pelakon Rita Rudaini memang terkenal dengan kelantangan mulutnya.. Setiap apa yang dilakukannya dianggap nak mempertahankan hak-hak wanita yang telah ditindas oleh kaum lelaku atau bekas suami..

Tetapi kelantangan Rita dalam mempertahankan hak diri dan anak-anaknya hasil perkahwinan dengan Aidil nampaknya kurang disenangi oleh sesetengah pihak.. Rita terlalu lantang dan suka menabur cerita pada media..

Walalupun Rita sering mendapat kritikan dan tomahan dari sikapnya yang lantang ini.. Ada juga merasakan dia suka mencari publisiti murahan.. Bagi Rita dia tak kisah dilabel mulut jahat dan tak mahu ambil kisah apa yang orang katakan..

“Sebelum ini saya lebih banyak berdiam diri dan menangis. Namun, selepas pelbagai perkara berlaku dalam rumah tangga dan kehidupan, saya menjadi lebih berani untuk bercakap perkara yang benar. Saya tidak mahu menjadi hipokrit untuk ‘berlakon’ semuanya okey ketika ditemu bual pihak media, sedangkan tengah sakit hati.

“Tidak kisahlah jika orang tidak suka atau melabel saya wanita mulut jahat. Sebabnya saya cakap benda yang benar-benar berlaku dalam kehidupan sendiri. Saya tidak pernah kacau atau maki orang lain. Sebelum ini saya sembunyi kahwin, orang keji juga. Jadi, lebih baik saya pilih berkata apa yang betul dan tidak hipokrit”

“Ada orang minta saya berhenti bercakap dengan pihak media. Masalahnya orang di luar sana tidak faham, bukan saya yang mencari media, tetapi sebaliknya. Kerja saya sebagai pelakon sering bertemu dengan pihak media. Apabila disoal saya akan beri kerjasama. Saya terima hakikat kisah peribadi lebih banyak diperkatakan kerana realitinya kes rumah tangga masih belum berkesudahan,” ujarnya..

Secara jujurnya, Miss A rasa apa yang diperjuangkan oleh Rita ini adalah hak-haknya.. Mulut orang memang kita tak boleh nak tutup.. Tak ada dalam situasi kita, boleh la cakap macam-macam.. Semoga Rita terus tabah menghadapi hidup dan terus berjuang untuk anak-anaknya.. Miss A/UtaraNews.com

One thought on “Rita Rudaini tak kisah bermulut jahat?

  • December 8, 2015 at 11:55 pm
    Permalink

    Sendiri gatai sendiri tanggung…masa kahwin tak ingat sanggup masuk siam

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *