Video luahan keluarga mangsa culik 14 tahun dan penjelasan Polis.

Kenyataan penuh dari Polis Selangor berkenaan kes remaja 14 tahun yang dikatakan diculik oleh Van Putih :

1. Polis Kontinjen Selangor dengan ini mengesahkan ada menerima laporan
polis mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di
kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam, yang telah tersebar
viral dalam laman media sosial Facebook.

2. Pada 28/12/2015 lebih kurang jam 8.20 malam, pihak polis telah
menerima satu laporan polis yang dibuat oleh ibu(pengadu) remaja
perempuan tersebut bersabit kehilangan anaknya itu. Pengadu menyedari
ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan
anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis
dibuat. Walaubagaimanapun, pada peringkat awalnya, mangsa masih boleh
dihubungi oleh ibunya(pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya
itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.

3. Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik
kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir
beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki cina, yang di percayai
teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di
sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan
Klang.

4. Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang
sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya.Beliau juga pernah
beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri
dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli
keluarganya.

5. Namun, pada 29/12/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja
berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya
itu yang memberitahu bahawa beliau telah di larikan oleh 2 orang lelaki
India yang tidak di kenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke
rumah. Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah di bawa ke
sebuah gudang dengan menaiki sebuah van berwarna putih.

6. Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat
untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut. Kes ini
diklasifikasikan sebagai kes culik dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan
dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat
dijalankan oleh pihak polis.

7. Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat
spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut. Orang ramai
juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan
polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus
Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah
Polis Klang Utara, ASP Burhanuddin bin Mustafa ditalian 019-3829212 atau
Pegawai Penyiasat, Insp.Ahmad Tarmizi bin Umar di talian no
013-3430150.

CP Dato Abdul Samah bin Hj.Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.
30 December 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *