Wan Azizah buat ramai kempunan untuk jatuhkan Najib.

Nampak gayanya hasrat pembangkang untuk menjatuhkan Bajet 2016 yang dibentangkan perdana menteri terpaksa dikuburkan gara-gara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail nampak seperti telah berputus asa dan tidak mahu lagi untuk menggiatkan usaha menolak bajet tersebut.
Wan Azizah menyuarakan bahawa dia sudah tidak mahu lagi memberi perhatian kepada perkara tersebut kerana mengganggap itu hanya satu perbuatan yang sia-sia. Bahkan jika rancangan tersebut diteruskan, ianya bakal membazirkan masanya sahaja.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, sebab utama dia sudah malas untuk ambil tahu soal usaha penolakan bajet tersebut adalah kerana tidak mempunyai ahli Parlimen yang cukup untuk menjayakan rancangan jahat itu.
Jika dikira-kira semula, hanya 24 ahli parlimen sahaja yang hadir dan ianya jauh lebih sedikit berbanding jumlah untuk yang diperlukan bagi melaksanakan usul undi tolak Bajet 2016 yang bakal dilaksanakan itu.
“Sebenarnya kami tidak bincang untuk tolak (Bajet 2016), lagi pun tidak ramai yang datang, kami jangka ia sia-sia sahaja, oleh itu kami fokus benda lain,” kata presiden PKR tersebut.
Semasa Bajet 2016 dibahaskan di peringkat jawatankuasa kelmarin, dewan menyaksikan tiada sebarang penolakan berlaku dari ahli parlimen pembang, ianya sekaligus mendapat kelulusan dari Dewan Rakyat. Iyela macam mana nak buat penolakan kalau ahli parlimen pembangkang yang hadir ke Dewan Rakyat pun cuma 24 orang.
Nampaknya Wan Azizah agak kecewa dengan kekalahan pertama yang dihadapi pembangkang, buat penat je berkempen kepada ahli parlimen pembangkang. Hahaaaa berbuih mulut last-last habuk pun takde huhuuu. Nampak sangat ahli parlimen pembangkang janji je lebih nak sokong, bila datang hari penentu hilang habis, kesiannyaaaa nenek Jijah.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *