Zahid mahu setiap keluarga lahirkan Usahawan.

Bagi memastikan ekonomi sesebuah keluarga kukuh, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan sebuah keluarga menyemai konsep ‘Satu Usahawan, Satu Keluarga’.

Menurut Zahid, sebuah keluarga perlu mewujudkan ‘satu usahawan, satu keluarga’ bagi memberi galakan kepada golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan sekaligus menjadikan mereka tonggak kepada ekonomi kekeluargaan.

“Kita mestu mulakan hasrat ini daripada sekarang. Daripada seorang usahawan dalam satu keluarga, ia akan membawa kepada penularan pengaruh kepada ahli keluarga yang lain,” kata Zahid.

Dalam masa sama, Zahid turut menyarankan ibubapa yang melahirkan anak mereka sebagai usahawan tidak lupa mengingati anak mereka agar tidak terlalu mencari kekuatan ekonomi semata-mata sehingga melupakan asas agama.

Jelas Zahid, beliau melihat usahawan-usahawan kini terlalu ghairah mencari kekukuhan ekonomi sehingga mereka alpa kepada agama.

Oleh demikian, beliau menasihati agar usahawan-usahawan, khususnya usahawan muda untuk tidak lupa kepada agama seperti memperbanyakkan sedekah dan menunaikan kewajiban agama seperti membayar zakat dan tidak hanya tertumpu mencari kekuatan ekonomi.

“Ramai yang berjaya… dan ramai juga yang lupa akan asas keagamaan,” katanya.

Ini merupakan inisiatif menarik yang diperkenalkan Timbalan Perdana Menteri kepada rakyat untuk melahirkan usahawan khususnya usahawan Melayu di negara ini.

Jika dilihat pada masa kini, ramai keluarga ataupun ibubapa amat mengharapkan anak-anak mereka memperolehi jawatan di dalam kerajaan bagi memastikan ekonomi mereka terjamin.

Oleh demikian, dengan konsep yang diperkenalkan Zahid dapat membuka minda ibubapa bagi menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang perniagaan berbanding mengharapkan anak-anak mereka memperolehi jawatan dalam kerajaan.- Utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *