4 Lelaki Menjadi Mangsa Tetakan Penyamun Di Nibong Tebal

Kekejaman penjenayah yang tiada belas kasihan menyebabkan tiga lelaki dan seorang anggota polis parah ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang, dalam kejadian samun di sebuah kedai di Jalan Cenderawasih 2, Nibong Tebal.

Semasa kejadian, empat lelaki yang memakai topeng muka menaiki dua motorsikal telah menghampiri kesemua mangsa yang sedang minum di kedai tersebut kira-kira pukul 4 pagi, dan bertindak meminta mereka menyerahkan duit dan telefon bimbit mereka..

Disebabkan kesemua mangsa cuba melawan, penyamun tersebut menetak mereka dengan parang sebelum melarikan diri bersama wang tunai, empat handphone dan kad ATM yang semuanya bernilai RM2500..

Kesemua mangsa yang berusia 26 hingga 35 tahun itu cedera di perut, belakang badan, tangan dan muka telah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk mendapatkan rawatan.. Kerakusan kekejaman penjenayah sekarang ini cukup menakutkan..

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Wan Hassan Wan Ahmad meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, tampil bagi membantu siasatan.. – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *