Anak Aaron Aziz Digelar Kang Gary Malaysia

Buat peminat setia program popular Korea iaitu Running Man, korang pasti sudah mengenali ahli-ahli RM kan? Terbaru, ramai peminat pelakon Aaron Aziz meninggalkan komen di laman Instagram miliknya, memaklumkan anak lelaki Aaron iaitu Danish adalah Kang Gary versi Malaysia..

Nama Kang Gary mula menjadi topik hangat dibualkan bila pelakon itu memuatnaik beberapa keping gambar percutian bersama keluarga di Paris.. Miss A yang tengok sendiri gambar yang dikongsikan Aaron pun, nampak wajah Danish yang senyum dengan pakai ‘cap’ nampak seiras wajah Kang Gary..

Bukan hanya peminat Aaron sendiri akui anaknya itu memang ada iras wajah pelakon Korea itu.. Tak lama selepas itu, setiap kali Aaron memuatnaik gambar bersama Danish, dia menulis nama anaknya itu dengan panggilan Kang Gary..

Isterinya, Diyana Malik pun sempat bergurau dengan anak lelakinya itu.. Comel sungguh melihat kebahagian pasangan selebriti ini.. Sangat sporting melayan kerenah peminat-peminat mereka.. Ini Miss A kongsikan beberapa keping gambar Kang Gary Junior.. Hehehe.. – Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *