Bini Fizo Omar Sudah Hamil?

Dalam kehidupan ini, kita memang tak dapat lari dari menghadapi ujian, sama ada kita mampu atau pun tidak menghadapi ujian itu.. Selalunya orang tua-tua dulu cakap, setiap ujian pasti akan disusuli dengan kemudahan.. Mungkin itu yang sedang dialami oleh Fizo Omar..

Beberapa minggu yang lalu, Fizo telah menghadapi ujian yang bertalu-talu, bila restoran yang baru dibukanya telah mendapat kritikan hebat dari pelanggan.. Sampaikan ada pihak yang menyarankan semua orang untuk tidak pergi makan di restoran tersebut..

Pastinya perkara seperti ini telah buatkan hati Fizo sedikit terkilan, kerana menerima komen negatif yang tidak henti-henti tentang restorannya itu.. Tetapi, Miss A rasakan kesedihan Fizo itu sedikit ‘terubat’, bila Fizo memuatnaik gambar serta kapysen yang memberi gambaran isteri tercinta sudah pun hamil..

Walaupun, tidak menyatakan secara terperinci mengenai berita gembira itu, ramai peminat Fizo yang mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran, bila membaca kapysen Fizo memang dapat merasakan Fizo cuba memaklumkan bahawa isterinya sudah pun hamil..

Kalau betul berita ini, Miss A juga ingin ucapkan tahniah pada Fizo.. Sudah hampir tiga tahun pasangan ini mendirikan rumahtangga.. Akhirnya, sudah tertulis rezeki pasangan ini untuk memiliki zuriat sendiri.. Jaga kandungan itu baik-baik. Pesan Miss  A kepada Mawar, jangan buat banyak kerja keras.. Banyakkan berehat.. – Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *