Bukti Guan Eng Songlap RM30 Juta

Baru beberapa bulan laluan berbasikal yang menelan belanja hampir RM30 juta dibuka kepada orang awam di Pulau Pinang, cat laluan berbasikal itu telah lekang ataupun tertanggal dari permukaannya.

Persoalannya, adakah cat yang digunakan begitu berkualiti sehingga menelan belanja RM30 juta?? Sedangkan tidak sampai 3 bulan laluan berbasikal itu dibuka, cat telah pun tertanggal.

Jika dilihat dengan mata kasar sudah tentu ia merupakan cat yang berkualiti rendah, kerana cat terbabit mulai tertanggal walaupun laluan berbasikal itu baru beroperasi beberapa bulan.

Cat yang mulai tertanggal itu telah mendatangkan kemarahan umat Pulau Pinang, yang jelas melihat penipuan yang dilakukan DAP Pulau Pinang dalam pembinaan laluan basikal yang menelan belanja tidak masuk dek akal.

Kalau dilihat hasil yang dijalankan projek kerajaan negeri itu, ia jelas hanya menelan belanja ratusan ribu kerana laluan berbasikal itu ‘menumpang’ laluan pejalan kaki sedia ada dan hanya dicat dengan warna hijau dan putih.

Walau bagaimanapun, macai-macai pembangkang cuba mempertahan ‘tokong besar’, Lim Guan Eng dengan mengatakan cat yang digunakan itu merupakan fasa pertama dan pembinaan laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan lagi.

Apa ke bangang macai-macai pembangkang memberi alasan yang begitu ‘bodoh’ untuk mempertahankan ‘tokong besar’ mereka… Jika laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan, mengapa laluan terbabit dibuka kepada orang ramai??

Perkara ini jelas menunjukkan DAP Pulau Pinang telah menyonglap RM30 juta duit rakyat umat di negeri itu, apabila perbelanjaan projek berbasikal itu yang hanya memakan ratusan ribu tetapi di ‘makap’ menjadi RM30 juta untuk poket kroni-kroni mereka. – AndyBolat/Utaranews.com