Calon Melayu Hanyalah Barua Untuk DAP Memenangi PRU 14 Nanti

Menurut seorang penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizudin Mohd Sani, DAP akan meletakkan lebih ramai calon Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sebagai strategi meraih undi orang Melayu terhadap parti cina kiasu itu.

Sejauh manakah kebenaran DAP akan meletakkan calon melayu lebih dari calon kaum mereka sendiri?? Apa yang pasti, mereka hanya meletakkan calon Melayu ditempat tertentu untuk memancing undi, kononnya mahu menunjukkan parti terbabit bukan sebuah parti yang racist.

Seperti yang kita lihat, kedudukan tertinggi dalam parti cina kiasu itu dimonopoli oleh kaum mereka sendiri… Jika benar DAP bukan sebuah parti yang racist, sudah pasti kedudukan tertinggi parti itu turut diisi dengan orang Melayu yang buta perut.

Selain itu, bila ditanya mengapa kedudukan tertinggi DAP tidak diisi orang Melayu, DAP menuding jari kepada Umno dengan mengatakan Umno sebenarnya parti racist dan bukan DAP kerana Umno tidak mempunyai ahli selain dari kaum Melayu.

Beginilah jadinya jika pemimpin DAP tidak memahami bahasa Melayu… Sudah dijelaskan bahawa Umno merupakan sebuah parti orang Melayu, dan sudah tentu ahli-ahlinya 99% orang Melayu dan kedudukan tertinggi parti itu diisi oleh kaum Melayu.

Jika orang cina mahu menyertai Umno, ia tidak menjadi masalah buat parti dan jika orang cina itu mahukan kedudukan, Umno akan menyerapkan orang tersebut kedalam parti MCA yang merupakan rakan sekutu Umno.

Oleh demikian, Andy menasihatkan orang Melayu yang menyertai DAP supaya tidak bermimpi untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti tersebut, apatah lagi jika mahu bertanding menggunakan tiket DAP.

DAP tidak sama sekali akan memberi peluang kepada anda untuk merasai jawatan tertinggi parti tersebut. Dan untuk makluman semua, orang Melayu yang menyertai parti cina kiasu hanyalah dijadikan sebagai ‘barua’ untuk DAP memenangi PRU akan datang. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *