DAP Mahu Najib Razak Saman Wall Street Journal

Walaupun skandal SRC International dan derma RM2.6 yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dibuktikan oleh Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali bahawa Najib tidak bersalah, DAP masih tidak berpuas hati dengan keputusan terbabit dan menggesa Najib untuk menyaman Wall Street Journal (WSJ) bagi membuktikan bahawa Perdana Menteri itu bersih dari skandal terbabit.

Hairan betul dengan pemimpin DAP ini… Walaupun telah dijelaskan dan dibuktikan bahawa Perdana Menteri tidak bersalah dan tidak mempunyai sebarang kesalahan, DAP tetap tidak berpuas hati dan mahu Najib mengikut kehendak mereka.

Memang tidak dinafikan bahawa WSJ telah menerbitkan skandal terbabit yang telah mencemarkan nama baik Najib sebagai Perdana Menteri, tetapi perkara itu telah dibuktikan pihak-pihak berkenaan bahawa Najib tidak terlibat melalui siasatan yang dilakukan.

Bukan WSJ saja yang telah menimbulkan kontroversi ataupun fitnah terhadap Perdana Menteri, banyak lagi media luar yang menyiarkan artikel berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri yang didalami oleh pemimpin di dalam negara ini tidak disaman oleh Najib.

Najib yang tidak mengambil keputusan untuk menyaman media luar mahupun dalam negara yang telah melemparkan fitnah terhadap dirinya, bukanlah membuktikan bahawa Najib takut untuk menyatakan dirinya benar.

Mungkin pemimpin DAP gemar mengambil tindakan saman terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan kerana orang ramai sudah tahu pemimpin DAP ini gila ‘saman’, dan mudah mencari makan melalui tindakan itu!! Iyalah, kalau dah saman bukannya main ratusan atau ribuan… Tetapi main ratusan sehingga jutaan ringgit.

Rasanya, tindakan Najib untuk tidak menyaman mereka yang melemparkan fitnah terhadap dirinya adalah satu tindakan yang lebih baik dan digemari orang ramai, kerana tindakan menyaman itu hanya kerja orang yang gilakan duit!! – AndyBolat/Utaranews.com

One thought on “DAP Mahu Najib Razak Saman Wall Street Journal

  • 29/01/2016 at 2:03 pm
    Permalink

    ooo…bukan ape tu..dap nak pm kehulu kehilir menangani kes dgn wall street jahanan sampai terabai persiapan untuk pru 14….banyak cantik dapig nih…jahat dan busuk hati sampai mati……akhirnya daplah dapat untung.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *