‘David Beckham’ Beraksi Laga Lembu Bersama Anak Di Gelanggang

Di Madrid, seorang matador yang digelar ‘David Beckham’ di gelanggang lawan lembu mencetuskan kontroversi, apabila menunjuk bakatnya sambil menggendong bayi perempuannya yang berusia lima bulan.. Ish! Bahayanya buat macam itu, buatnya tersilap langkah terlepas budak itu, tak pasal-pasal anak dia pulak kena rodok dengan lembu itu!

Apa punya bapa lah tak memikirkan keselamatan anak langsung, fikir nak tunjuk kehebatan dia je! Francisco Rivera, 42 yang dikatakan kawan kepada Beckham, memuat naik gambar diatas itu di Instagram dia..

Gambar itu menunjukkan aksi dia bersama lembu yang berada beberapa inci je dari anak dia, Carmen.. Miss pulak rasa risau terlebih melihat gambar itu, si bapa ini pulak selamba dan tak kisah pulak dengan keselamatan anak dia kan.. Gambar itu disertakan dengan status yang berbunyi begini..

‘Kemunculan pertama Carmen. Dia generasi kelima matador dalam keluarga kami.. Datuk dan ayah saya masing-masing matador, malah ayah juga berbuat begini dengan saya.. Saya meneruskan tradisi ini dengan anak sulung, Cayetana dan kini bersama Carmen.’

Bagaimanapun, gambar itu mencetuskan banyak reaksi negatif yang dilemparkan terhadap Francisco, ramai yang menyatakan tindakan Francisco itu telah membahayakan nyawa anak perempuannya.. Betul itu!

Nak meneruskan tradisi pun, tunggu lah anak dia itu besar sikit.. Buatnya lembu itu mengamuk, terpelanting budak itu dirodok.. Beringat sikit nak tunjuk kehebatan pun, jangan sampai kehilangan anak kesayangan sudah lah.. Huhhuuhu.. – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *