GST Harus, Bukan Haram

Bila kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST (GST), pembangkang sering menjadi ‘superhero’ rakyat dengan mengatakan kerajaan begitu zalim kerana melaksanakan cukai itu terhadap semua golongan.

Bukan itu saja, pembangkang juga menyuarakan isu halal haram terhadap pelaksanaan GST yang didakwa mereka kononnya haram, kerana Islam melarang cukai dikenakan terhadap golongan bawahan.

Persoalannya, benarkah pelaksanaan GST ini haram?? Adakah kerajaan begitu zalim dan buta agama sehingga tidak meminta pendapat daripada ahli ulama dan Mufti yang  ada di negara ini terlebih dahulu??

Untuk makluman semua, sebelum kerajaan melaksanakan sistem GST, kerajaan terlebih dahulu meminta pendapat Majlis Fatwa Kebangsaaan untuk memberi pandangan mengenai pelaksanaannya dan Majlis Fatwa telah memutuskan bahawa pelaksanaan GST di ‘haruskan’.

Pasti ramai penyokong pembangkang tidak dapat menerima keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan ini, dan menganggap Majlis Fatwa semakin menyesat dan sebagainya.

Bagi memahamkan penyokong pembangkang yang ‘bangang’ dan terlebih cerdik, Majlis Fatwa turut menjelaskan mengapa pelaksanaan GST diharuskan kerana ia satu kutipan yang membawa kesejahteraan kepada negara.

Bagaimana kutipan GST membawa kesejahteraan kepada negara??? Dengan hasil kutipan GST inilah kerajaan dapat membina jalan raya, sekolah, masjid dan membantu golongan miskin…. Bukannya kutipan ini masuk ke ‘poket’ pemimpin negara seperti yang difitnah pembangkang!!

Lagipun, pelaksanaan GST yang diperkenalkan kerajaan bukannya dikenakan terhadap semua barangan dan perkhidmatan, kebanyakan barangan asas dan keperluan yang diperlukan telah disifarkan kerajaan.

Jadi, ia bukanlah satu pelaksaan cukai yang menindas golongan bawahan seperti tuduhan pihak pembangkang… Cuba lihat barangan asas seperti beras, susu dan barang mentah, barangan-barangan ini tidak dikenakan GST.

Oleh demikian, jangan cepat menyokong dengan tuduhan yang dilemparkan pembangkang kerana mereka hanya berpura-pura dihadapan rakyat untuk membolehkan mereka menawan Putrajaya pada PRU akan datang. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *