Guan Eng Halalkan Penggunaan Vape Di Pulau Pinang???

Semalam berlangsungnya satu pertemuan di antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pengusaha-pengusa vape di sekitar Pulau Pinang bagi membincang isu vape yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai haram.

Walaupun pertemuan ini memakan masa hampir 1 ke 2 jam bagi mendengar fakta-fakta dan penerangan berkaitan risiko vape, Guan Eng memohon kepada pengusaha vape dan seluruh rakyat Pulau Pinang untuk diberi masa 2 minggu sebelum kerajaan negeri memutuskan penggunaan vape haram atau sebaliknya.

Walaupun Guan Eng diberi tempoh 2 minggu untuk memutuskan perkara itu, ada desas-desus mengatakan Guan Eng bakal menghalalkan penggunaan vape di negeri itu.

Selain itu, desas-desus tersebut juga mengatakan Guan Eng mahu menghalalkan vape kerana mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri bebas untuk berhibur dan mahu menjaga undi pengusaha-pengusaha rokok elektronik ini.

Jika benar desas-desus tersebut, maka ia bakal mendatangkan kemarahan rakyat yang mahukan negeri itu bebas dari kepulan wap air yang dihembus oleh pengguna vape yang tidak bertamadun.

Bukan itu sahaja, jika benar Guan Eng menghalalkan vape. Perkara ini jelas menunjukkan Guan Eng dan DAP sedang bergiat memesongkan akidah umat Melayu di negeri itu, kerana vape telah disahkan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Bukan saja memesongkan akidah umat Melayu, tetapi tindakan Guan Eng untuk menghalalkan vape ini juga bakal memusnahkan anak muda, khususnya anak-anak muda Melayu yang tidak terlepas untuk mencuba rokok elektronik ini… Adakah ini yang dimahukan umat Melayu di Pulau Pinang??!!

Justeru itu, walaupun Guan Eng menghalalkan vape di negeri Pulau Pinang, pengusaha-pengusaha Melayu disarankan untuk meninggalkan penjualan ini dan melakukan perniagaan lain untuk menyara hidup… Jangan disebabkan anda mahukan keuntungan dari hasil perniagaan ini, anak-anak muda Melayu dikorbankan. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *