Kantoi Cuba Seludup 14 Botol Arak Dengan Sembunyikan Di Dalam Seluar

Di Riyadh, seorang lelaki kantoi menyembunyikan 14 botol arak di dalam seluarnya, selepas ditahan pihak berkuasa kastam Saudi baru-baru ini. Suspek di tahan semasa cuba memasuki semula Arab Saudi di Tambak Raja Fahd yang menghubungkan negara itu dengan Bahrain..

Taktik yang kurang cerdik, kalau dah disembunyikan banyak-banyak macam itu.. Cara berjalan pun semestinya dah pelik semacam je kan.. Lelaki itu yang identitinya tak didedahkan, diarahkan turun dari kereta yang dinaikinya untuk menjalani pemeriksaan, selepas pihak berkuasa mendapati dia berkelakuan mencurigakan..

Orang kalau ada buat salah memang akan nampak ketara kelakuan dia.. Pihak kastam bertindak memeriksa tubuh badan lelaki tersebut dan telah menemui 14 botol arak yang diikat di pinggang dan kakinya..

Macam-macam perangai noh, itu yang ada orang sanggup telan atau sembunyi ditempat sulit kalau nak menyeludup sesuatu barang yang terlarang.. Orang macam itu sanggup menyeksa diri diorang demi nak menyeludup barang terlarang..

Kalau korang nak tahu, Arab Saudi mengharamkan sama sekali arak dan mereka yang didapati bersalah menyeludup barang terlarang itu boleh dikenakan hukuman penjara yang lama.. – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *