Kecuaian Ibu Hampir Membuatkan Si Anak Maut

Kes budak-budak terperangkap dalam kereta masih lagi menjadi-jadi.. Kes terbaru berlaku di Taman Bembam Awam, Batu Gajah petang semalam, sehingga memaksa anggota bomba memecahkan cermin sisi kanan kereta bagi menyelamatkan seorang budak berusia setahun yang terperangkap di dalam kereta terbabit..

Kecuaian ini masih menjadi ‘amalan’ rakyat Malaysia.. Ye tak?? Bukannya apa kan, cuma risau kan keselamatan anak-anak korang yang ditinggalkan bersendirian dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa.. Kalau benda yang tak diingini berlaku macam mana??

So, korang perlulah lebih berhati-hati dan peka dengan keselamatan anak korang.. Jangan biarkan anak korang menderita disebabkan kecuaian diri korang sendiri ye! Kejadian yang berlaku di Taman Bemban ini terjadi kerana budak itu ditinggalkan oleh ibunya, kerana si ibu mahu pergi menutup pintu pagar rumah mereka..

Nampakkan?? Benda tu nampak remeh dan kejap je, tetapi disebabkan benda remeh tu juga lah yang akan mendedahkan anak korang dalam situasi bahaya dan tak mustahil boleh meragut nyawa!  Jaga lah insan yang korang sayang baik-baik ye.. Jangan sesekali lalai.. – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *