Kelemahan DAP Yang Sebenar Telah Terbongkar!!!

Kami mahu mendedahkan tiga kelemahan besar parti DAP. Sebenarnya DAP langsung tak berani nak sentuh atau cuba-cuba cari pasal dengan tiga individu ini. Individu pertama adalah Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

DAP takut dengan Abdul Aziz kerana dia pernah membuat pengakuan bahawa selama empat tahun berada dalam parti tersebut, dirinya teraniayai dan pernah jadi mangsa penipuan DAP. Abdul Aziz juga mendedahkan punca sebenar dia keluar dari parti DAP adalah disebabkan parti itu mengamalkan rasuah yang sangat teruk.

“Punca saya ambil keputusan untuk keluar dari DAP adalah kerana amalan rasuh yang amat teruk di dalam parti itu. Ini antara sebab utama, selain saya tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH yang dianjurkan Pakatan Rakyat(PR)”

“Perhimpunan BERSIH itu bagus tetapi apabila mereka melanggar undang-undang, itu yang buat saya tidak bersetuju,” katanya.

Selama ni kita dengar DAP selalu melaungkan slogan anti rasuah, tapi malangnya parti dorang sendiri membiarkan rasuah bermaharajalela. Abdul Aziz masuk DAP sebab termakan kata-kata Lim Kit Siang, kononnya DAP bebas rasuah. Padahal ia satu penipuan.

Antara dua individu yang ditakuti DAP selain Abdul Aziz, adalah Bekas Pengarah Strategik dan Pegawai Lim Guan Eng DAP, Mohamed Razali bin Abdul Rahman dan Shen Yee Aun (SYA), bekas Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan.

Ketiga-tiga individu ini menyimpan rahsia besar DAP… Sebab itu la parti DAP mengambil langkah selamat dan hanya berdiam diri acapkali mereka ini bersuara. DAP juga tidak pernah menidakkan kenyataan yang dikeluarkan individu-individu ini. Bukan apa takut terkantoi dengan lebih teruk.

Yela kalau dorang nafikan memang habis la tembelang mereka, sebab tu DAP tidak berani menyaman mereka walaupun parti DAP dikritik teruk. Padahal DAP memang popular dan pantas kalau bab saman menyaman ni.

Malah memang benar dakwaan Abdul Aziz, parti DAP sememangnya sebuah parti keluarga Kit Siang. Mereka menggunakan agenda mereka untuk mentadbir. Sebab itu DAP dimonopoli oleh kaum kerabat mereka sahaja.

Jika DAP berani bersuara, pastinya aib dan maruah DAP bakal dilondehkan sekali lagi oleh ketiga-tiga individu ini. Mereka-mereka ini pastinya menyimpan rahsia yang lebih besar mengenai perangai buruk DAP. Sebab tu DAP tak berani lawan dorang. Jadi inilah kelemahan yang dimiliki DAP sekarang ni. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *