M. Daud Kilau Minta Peminat Doakan Kesihatannya

Pada ahad lalu, Raja Gelek Malaysia iaitu M. Daud Kilau telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah komplikasi membuang air kecil.. Berita ini membuatkan ramai peminat penyanyi ini risau dengan status kesihatannya..

Hari ini, alhamdullilah keadaan M. Daud Kilau dilaporkan sudah semakin pulih.. Malah penyanyi itu sendiri memaklumkan sudah tak sabar untuk sembuh sepenuhnya dan berjumpa dengan peminat-peminatnya..

“Saya juga meminta peminat, rakan-rakan serta rakyat Malaysia mendoakan kesihatan saya agar semakin baik, kerana saya tidak akan mengalah selagi kudrat ini masih ada untuk menghiburkan peminat,” katanya..

Selain mengalami masalah membuang air kecil, M. Daud Kilau juga menghidapi penyakit kencing manis dan buah pinggang.. Disebabkan hal itu, doktor menyarankan penyanyi itu ditahan untuk rawatan rapi..

Menurut anak M.Daud Kilau iaitu Ahmad Zaini.. Pada mulanya ayahnya enggan untuk ditahan di wad kerana pada hari yang sama, dia sudah berjanji untuk bertemu para peminatnya.. Tetapi, atas nasihat anak-anaknya, ayahnya akur untuk menerima rawatandan ditahan di wad.. – Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *