Mahathir lupa bahawa Tuhan lagi berkuasa dari politiknya.

Mahathir datang lagi dengan agenda meruntuhkan pentadbiran orang Islam didalam negara. Selepas huru hara Malaysia kerana Mahathir bersuara senada dengan pembangkang untuk menggulingkan pemerintahan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, kini Mahathir cuba menjolok Timbalan Perdana Menteri pula.

Mungkin bagi Mahathir, DS Ahmad Zahid Hamidi adalah ‘budak hingusan’ yang mampu diugut dengan kononnya “rahsia dalam tangan”.., tapi Mahathir lupa bahawa banyak juga ‘rahsia’ Mahathir yang sudah lama rakyat simpan khususnya dikalangan penyokong kerajaan.

Mahathir berasakan, dia sangat kebal dan tak mampu ditumbangkan oleh sesiapa saja didalam dunia ini. Maka sebab itulah Mahathir kini berkokok dengan lantang kononnya mahu menjatuhkan pihak-pihak yang dirasakan tak membawa untung kepada dia dan kroni.

Jika benar Mahathir mempunyai rahsia berkenaan kisah lampau Menteri-menteri didalam Malaysia, keluarkan sajalah.. Jika betul Menteri-menteri didalam negara ini semuanya jahat dan teruk, menjadi satu kesalahan jika Mahathir bersubahat menyimpan rahsia tersebut dari pengetahuan umum.

Apakah Mahathir tak takut dosa? Apakah Mahathir berasakan dirinya kebal dari ‘api neraka’ apabila menyimpan rahsia kesalahan Menteri? Adakah Mahathir tak rasa keji dan jijik apabila mengugut pula untuk mendedahkan kononnya rahsia tersebut selepas kehendaknya tidak dipersetujui?

Dahulu ketika berkuasa, Mahathir merupakan individu yang bertanggungjawab menyumbat Zahid Hamidi kedalam I.S.A kerana mendedahkan syarikat-syarikat anak-anak serta kroni Mahathir. Kini apa lagi yang Mahathir mahukan? Mahu ugut Zahid dengan I.S.A lagi kah? Atau Mahathir mahu Najib dan Zahid bergaduh?

Nampak seperti Mahathir cuba mempergunakan Zahid bagi menentang Najib. Jika betul Mahathir mempunyai kawalan keatas Zahid dengan kononnya ‘rahsia besar’ didalam otaknya, tak mustahil Zahid akan cuba dimanipulasi bagi menjayakan ‘projek tumbangkan kerajaan’ yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri tersebut.

Perkara ini bukan baru bagi Mahathir.. Dia sudah melakukannya dengan mempergunakan Muhyiddin Yassin dan juga Shafie Apdhal hinggakan kedua-dua manusia malang tersebut hilang jawatan dalam kerajaan. Muhyiddin dan Shafie mungkin diugut dengan cara yang sama oleh Mahathir.. Tak mustahil kannn?

Apa sudah jadi dengan rahsia yang kononnya dimiliki oleh Mahathir mengenai Najib? Kemanakah kononnya rahsia pembunuhan Altantuya yang Mahathir dakwa ada pada Sirul Azhar? Dan dimanakah bukti rahsia yang dijaja oleh Mahathir mengenai rasuah yang dilakukan oleh Perdana Menteri?

Kesimpulannya.., permainan politik Mahathir dan para pemujanya kini sudah lapuk dan tak relevan dengan peredaran masa. Politik nyanyuk Mahathir yang hanya tahu menyalahkan orang sahaja langsung tak boleh pakai lagi. Rakyat kini bukannya bodoh seperti yang Mahathir sangka.

Mungkin ada rakyat yang terpengaruh dengan dakyah karutnya, tetapi Tuhan itu lebih adil. Walaupun Mahathir tak henti-henti cuba menjatuhkan kerajaan pimpinan umat Islam yang ada hari ini, namun Tuhan masih lagi tak redha pada musuh nombor wahid kepada Allahyarham Nik Aziz tersebut.

Sehingga kini DS Najib Tun Razak masih lagi diizinkan Tuhan untuk menjadi Khalifah di bumi Malaysia dan mengepalai umat melayu di tanahair. Apakah Mahathir belum sedar bahawa Tuhan pun tak restu dengan perbuatan jahatnya untuk meruntuhkan sebuah kerajaan Islam? – Big B/Utaranews.com

2 thoughts on “Mahathir lupa bahawa Tuhan lagi berkuasa dari politiknya.

  • 06/01/2016 at 11:09 am
    Permalink

    Rahsia besar lah konon. anak2 dia kaya raya sekelip mata , dia ingat rakyat kat bawah ni semua buta . mana dia rembat duit banyak2 tu bagi anak dia kaya raya sekelip mata ? anak dia yg lagi sorang adalah partner ambiga , pun rakyat tak pernah lupa. org kalau dah tua bangka tak ingat mati , tak ingat dosa pahala , mcm inilah jadinya. rumah dah lama suruh berambus , kubur dah lama tunggu . tengok sajalah akhir kisah org tua sewel ni nanti.

    Reply
  • 11/01/2016 at 9:07 am
    Permalink

    selagi kehendak nya dan kroni kroni nya tidak di penuhi, selagi itu lah mamu kerala ni akan meroyan….la ni mamu kerala tengah senyap…fikir apa lagi strategi yg baguzz nak jatuhkan najib, setelah plan guna kan muhyidin dan shafie apdal failed…kesiannnnn mamat dua ekor tu…tak pasal pasal hilang post dlm kerajaan….sebab percaya sgt auta mamu kerala ni dulu…shafie balik kg jadi nelayan tangkap dan jual ikan….muyidin pulak, balik kg jual tempeh…he…he..he..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *