Naik Taraf ‘Power window’ Buatkan Proton Setanding Dengan Kereta Import???

Nak tahu apa inovasi terkini dan terbaru kereta Proton yang dibangga-banggakan sangat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad?? Tapi jangan ketawa pulak bila Gomez bagitau!! Pengerusi Proton ini bangga sangat apabila Proton sudah selangkah kehadapan, selepas mereka menaik taraf tingkap kuasa atau ‘power window’. Hahahaha!!

Iyela, sebelum ini banyak sangat aduan mengenai kereta jenama Proton walaupun pelbagai inovasi terkini dilakukan. Tetapi Proton masih lagi mempunyai masalah mengenai penggunaan ‘power window’. Apa yang kelakarnya, Mahathir siap umumkan kereta jenama Proton kini sudah setaraf kereta import hanya kerana ‘power window’ mampu naik dan turun dengan lancar.

“Tingkap (Proton) kami naik dan turun dengan lancar. Sekarang kereta kami adalah setanding kereta yang diimport tetapi orang ramai masih tidak memandunya.

“Percaya saya, jurutera Malaysia banyak telah belajar.

“Jurutera kami juga berkelayakan dan mahir seperti jurutera dari negara-negara lain,” katanya.

Alahai… Mahathir ni buat banyak kerja dalam satu masa ke?? Sebab apa yang diperkatakan oleh Mahathir ni sangat kelakar. Gomez syak Mahathir buat kerja part time jadi pelawak kot, hahahaa!!

Kalau setakat ‘power window’ je yang dah upgrade itu tidak layak dikatakan setaraf kereta import. Mungkin Mahathir tak pernah rasa perbezaan memandu kereta import dengan kereta jenama Proton. Feeling dia lain bebbbb… Sebelum ni Proton banyak buat hal, sampai pengguna tegar jenama Proton pun merungut mengenai kualiti kereta keluaran Proton.

Memang tidak rasa berbaloi langsung beli kereta mahal-mahal tapi kualitinya hampeh. Kereta pun bunyi macam tin, terlanggar sikit dah kemek , beli je mahal tapi takde daya tahan yang tinggi. Pastikan dulu segala kelemahan Proton ditangani, daripada usaha korang nak naik taraf buat turbo.

Kalau kereta je laju macam turbo tapi terbabas sikit pun dah hancur berkecai baik tak payah. Kereta pun macam tin sardin ada hati nak buat enjin turbo, hahahaha. Sesuai keee?? Banyak lagi yang kereta Proton perlu perbaiki kalau dorang nak standing kereta import. Banyak lagi kelebihan yang ada pada kereta import tetapi takde pada Proton. Mahathir kena sedar tu. – TiraGomez/UtaraNews.com

2 thoughts on “Naik Taraf ‘Power window’ Buatkan Proton Setanding Dengan Kereta Import???

  • 19/01/2016 at 6:23 am
    Permalink

    KAH KAH KAH

    Ketawa BESAR aku baca komen bodoh keling tua sewel. Dah tua nak mamous tuh cuba buat ibadah kumpul pahala. Tak habis2 nak MENIPU orang Melayu.

    pttttuuuiiihhhh!

    Reply
  • 19/01/2016 at 4:36 pm
    Permalink

    Tahniah kepada tun Mahathir…walaupun sedikit perubahan yang dibuat namun saya yakin impaknya besar pada masa akan datang…semoga industri kereta nasional malaysia dapat bergerak lebih dan berdaya saing suatu hari nanti dan semoga pihak proton dapat abaikan pendapat2 pihak tertentu yang suka memberikan komen berdasarkan nafsu mereka sahaja…selamat berjaya proton!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *