Pakatan Harapan Akan “Terajang” PAS jauh-jauh

Pakatan Harapan membuat keputusan untuk tidak lagi mahu melayan karenah Pas. Malah mereka berazam untuk melempar parti tersebut jauh dari pandangan parti gabungan itu. Kononnya mereka mempunyai ‘misi’ dan ‘visi’ baru… Azam tahun baharu Pakatan Harapan adalah mahu menumpukan sepenuh perhatian, jiwa dan raga mereka kepada masalah rakyat.

Nak tolong fokus kepada masalah rakyat … Nak tolong ‘kebajikan’ rakyat yang katanya tertekan dengan kerajaan. Maknanya dorang ni nak tolong rakyat menghentam pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui facebook kot noh. Haha!

Keputusan mahu buang Pas dari kotak pemikiran mereka telah mendapat kata sepakat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan. Daripada mereka melayan pertelingkahan antara Pas, jadi lebih baik mereka beralih kepada hobi baru, iaitu menghentam kerajaan.

“Perkara paling penting dalam negara ini ialah untuk menghentikan kemudaratan kepada rakyat, akibat daripada pentadbiran Najib bagi meringankan beban rakyat,” kata Majlis Setiausaha Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan katanya kini sudah sedar bahawa ada yang lagi penting dari pertelingkahan antara Pas. Beberapa peristiwa besar telah berlaku dan ianya telah memberi impak yang besar kepada rakyat. Sehubungan itu, mereka nekad untuk tidak lagi mengambil bahagian dalam polemik politik yang ‘tiada berpenghujung’ itu.

“Akan ada proses semakan semula belanjawan kerajaan Persekutuan 2016 yang terpaksa dibentangkan semula oleh Najib Razak, kerana unjuran pendapatan kerajaan persekutuan kini tidak lagi dapat menampung perbelanjaan.

“Satu lagi peristiwa penting ialah sidang khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari untuk membahaskan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), yang membawa kesan besar kepada rakyat,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pakatan Harapan sempat menghasut dengan mendakwa polemik politik itu hanya akan memberi keuntungan kepada satu pihak sahaja untuk terus berkuasa. Hasutan itu dibuat bagi menimbulkan rasa tidak puas hati dalam pentadbiran perdana menteri.

“Oleh yang demikian, mengambil semangat kesatuan politik di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dimeterai dalam perjanjian Pakatan Harapan semalam, Majlis Setiausaha mengambil pendirian supaya semua pimpinan Pakatan Harapan tidak lagi terjebak dalam polemik politik yang tidak berkesudahan ini,” kata kenyataan itu lagi.

Atas alasan itu, Pakatan Harapan mahu beralih arah dan tidak mahu lagi melayan karenah Pas. Tapi berlainan bagi Pas, yang langsung tidak kisah jika Pakatan Harapan sudah tidak mahu terjebak dengan apa sahaja yang berkaitan dengan mereka. – TiraGomez/UtaraNews.com

2 thoughts on “Pakatan Harapan Akan “Terajang” PAS jauh-jauh

  • January 11, 2016 at 12:51 pm
    Permalink

    Pakatan antara parti kapir anti Islam (DAP), parti songsang pondan (PKR)dan parti murtad kecewa (PAN).

    Reply
  • January 12, 2016 at 6:40 am
    Permalink

    Kesimpulannya mereka ini adalah setan yg bertopengkan manusia yg akan menjahanamkan Malaysia.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *