Pas Bakal Disingkirkan Di Dalam Perjanjian Baharu Pakatan Harapan??

Khabar angin bertiup kencang mengatakan perjanjian yang bakal dibincangkan Pakatan Harapan (PH) pada Sabtu ini, akan memusnahkan perjuangan Pas sebagai rakan parti pembangkang, sekaligus akan membuatkan wakil-wakil Pas kehilangan kedudukan di dalam kerajaan negeri dibawah pentadbiran parti PH.

Selain itu, khabar angin turut mengatakan perjanjian tersebut akan memastikan kerusi Pas sebelum ini akan diduduki dan ditandingi oleh parti bongsu dalam PH, iaitu Parti Amanah Negara (PAN) dan PH akan menyekat impian Pas untuk bertanding di kerusi DAP dan PAN.

Persoalannya, bersediakah Pas untuk mengalami semua ini sebaik sahaja PKR, DAP dan PAN selesai mengadakan pertemuan pada Sabtu ini??  Jika benar keputusan khabar angin ini, Pas terpaksa redha menerima perkara ini ekoran kedegilan untuk tidak bersama Barisan Nasional (BN)/Umno.

Seperti yang disangkakan, keputusan Pas untuk tidak bersama BN/Umno telah menggembirakan puak-puak PKR, PAN dan yang lebih bergembira dengan berita itu tentulah puak parti cina cauvanist.

Ekoran kedegilan Pas untuk bersama BN/Umno itu, Pas bakal kehilangan rakan sekutu dalam parti pembangkang dan berkemungkinan besar juga Pas bakal kehilangan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang.

Mungkin Pas tidak kisah kehilangan jawatan dalam kerajaan negeri Selangor , tetapi adakah Pas sudah bersedia kehilangan kubu kuat di Kelantan kepada PAN?? Jika Pas mahu merasai kehilangan kerajaan Kelantan yang  diusahakan ulama Pas terdahulu, Pas bolehlah meneruskan kesombongan mereka untuk tidak menyertai Umno dalam BN.

Apa yang perlu diingatkan kepada Pas, PH kini sedang diketuai oleh DAP yang mahu menguasai negara dan mahu negara ditadbir dengan cara tidak berlandaskan syariat Islam…. Adakah Pas mahu melihat umat Melayu di negara ini diseksa oleh pentadbiran parti cina cauvanist ini???

Jangan hanya kerana mahu menjaga hati rakan sekutu, Pas sanggup menolak pelawaan Umno dan membiarkan umat Melayu di negara ini terus diseksa oleh pentadbiran cina cauvanist seperti yang berlaku di Pulau Pinang. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *