Pelajar IPTA/IPTS Tidak Akan ‘Mati Kebulur’ Lagi

Sebelum ini pelajar-pelajar IPTA mengadu katanya tak cukup makan… Sehingga ada yang tak cukup khasiat, lantas menggangu tumpuan mereka untuk belajar. Lebih dahsyat ada yang hampir ‘mati kebuluran’ gara-gara kos sara hidup yang semakin tinggi. Iyela kos makin tinggi, makanan yang dijual pula makin mahal, sebab tu dorang tak cukup makan. Kesian kan.

Oleh itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berjanji akan membela nasib-nasib pelajar universiti awam yang tak cukup makan tu. Dia berjanji akan berusaha untuk membantu individu-individu yang mempunyai masalah kewangan agar tiada pelajar yang akan ‘mati kelaparan’…

Sementara itu Idris mendakwa, dirinya telah pun mengarahkan pihak pentadbiran universiti termasuk Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), untuk mengenalpasti dan menyenaraikan nama-nama pelajar yang dibelenggu masalah kewangan yang teruk.

Tambahnya, jika terdapat individu yang merasa diri mereka tidak cukup khasiat akibat kekurangan makanan. Maka mereka bolehlah segera ‘menyerah diri’ kepada pihaknya atau pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Saya sendiri akan bagi komitmen penuh untuk memastikan tiada palajar yang akan berlapar lagi.

“KPT juga sudah keluarkan arahan jika ada pelajar-pelajar yang lapar dan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan, sila buat aduan kepada KPT dan pihak universiti, insya-Allah nasib setiap seorang akan terbela,” katanya.

Menteri tersebut bertindak pantas bagi membendung wabak pelajar terpaksa berlapar di pusat pengajian tinggi akibat tidak mempunyai wang yang cukup untuk makan. Seperti yang menjadi viral di laman Facebook, terdapat sesetengah pelajar yang hampir ‘mati’ akibat kelaparan. Katanya sebab kos sara hidup tinggi.

Owwwww… Korang makan chicken chop tiap-tiap malam ke?? Atau korang alergik makan makanan yang murah-murah dan makanan bajet macam nasi bujang tu… Jangan cakap, korang tak tau apa itu nasi bujang yerrr…  Sebab tu korang hampir ‘mati kelaparan’. Betul tak?? Korang Cuma boleh makan makanan yang di jual dekat café dan restoran mewah je kot, iyela life goals student kan. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *