Pengerusi SPR Akan Berjumpa Dengan Pengerusi BERSIH, Maria Chin

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah menyangkal laporan, portal berita ‘Malaysiakini’, kononnya beliau akan melawat Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah.

Mengulas mengenai sidang media sulungnya sebagai Pengerusi SPR di Putrajaya, beliau berkata, kenyataannya dalam sidang media itu adalah berkaitan hasratnya untuk mengadakan lawatan dan kunjungan hormat ke atas agensi-agensi media dan pihak berkaitan termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

“Kenyataan saya bersifat umum dan tidak ditujukan khusus kepada Bersih, seperti mana yang telah dilaporkan oleh portal berita ‘Malaysiakini’,” katanya.

Justeru katanya beliau berharap semua pihak tidak menyalah tafsir kenyataan itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *