Pentadbiran Selangor Sebenarnya Pentadbiran ‘Cacamarba’

Kerajaan Selangor yang berada dibawah pemerintahan Menteri Besar, Azmin Ali sangat sesuai dipanggil pentadbiran ‘Cacamarba’. Sebab apa?? Kerana pentadbiran negeri Selangor jika kita lihat sekarang ini sudah seperti sarkas binatang, ‘funfair’ dan tak kurang seperti pasar malam.

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan, kalau pentadbiran mereka ini bukan ‘pasar malam’ jadi kenapa parti Pas boleh berada dalam kerajaan negeri?? Sedangkan kita semua tahu yang Pas tidak turut serta dalam Pakatan Harapan.

Ditambah pula dengan adanya musuh ketat politik Pas, iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pakatan tu. Tapi hairan macam mana kerajaan Selangor boleh beri kelonggaran kepada Pas walaupun Pas tidak bersama pakatan pembangkang. Huhhhhh, pening kan?

“Nak panggil apa kerajaan Selangor ini. Nak kata kerajaan Pakatan Harapan, PAS tiada. Nak panggil Pakatan Rakyat, tak boleh sebab telah dibubarkan.

“Nak kata kerajaan yang mempunyai hala tuju yang sama, dalam itu ada musuh. Jadi nak panggil apa,” kata Noh Omar.

Disebabkan pentadbiran Selangor yang entah apa-apa tu, penduduk kawasan situ pula yang menjadi mangsa. Mana tidaknya kalau dorang lebih tumpukan kepada hal pertengkaran dalam pakatan pembangkang berbanding masalah rakyat.

Kadang-kadang tak faham dengan cara pembangkang ni, dorang sebenarnya redha ke dengan dasar-dasar yang dibawa Pas?? DAP dan Amanah sebenarnya boleh terima Pas atau tidak, jika pada azalinya nampak macam musuh tapi kadang-kadang tu macam terpaksa terima, sebab nak mempergunakan Pas.

“Jadi adakah dasar-dasar PAS boleh diterima musuh mereka. Begitu juga dengan DAP dan PAN. Bolehkah mereka menerima dasar PAS yang menjadi musuh mereka. Maka jadilah kerajaan cacarmarba.

“Dalam hal ini rakyat Selangor yang menderita apabila dasar-dasar kerajaan tidak dapat dilaksanakan ke peringkat akar umbi apabila kerajaan yang ada asyik bertelagah dan berpolitik setiap masa.” Kata anggota parlimen Tanjung Karang itu.

Ini pentadbiran ke laut namanya, bermusuhan tapi tiba-tiba PKR, DAP dan Amanah bersetuju pula dengan Pas dalam perjanjian. Sebenarnya mereka ni ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dengan perjanjian yang dibuat oleh Pas?? Haishhhh, pening kepala kalau fikir pasal kerajaan Selangor ni… – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *