Penyokong Pakatan anggap Anwar umpama DEWA..

Terlalu tinggi dan terlalu banyak jasa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sehingga tidak terkira dengan mesin kira-kira… Naik error terus.. Haha!

Oleh disebabkan jasa pengorbanan Anwar terhadap negara terlalu tinggi menggunung. Jadi aktivis reformasi dan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO), mahu mencalonkan Anwar dalam  Anugerah Tokoh Keamanan Nobel 2016. Hahahahah…. Macam kelakar la pulak!

Tinggi sangat tu impian dorang… Layak ke si peliwat tu nak tercalon dalam anugerah Nobel?? Macam tak sesuai je kan. Dan yang paling kelakar, para aktivis dan NGO siap nak adakan satu kempen semata-mata nak tunjukkan sokongan terhadap pencalonan tersebut. Eshhhh… Memalukan betoi, bukan sebab apa tapi sebab memang tak layak pun Bang Non nak dapat anugerah tu.

Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib berkata, Anwar banyak berjasa kepada rakyat kerana dia menjadi kepala dalam menyatukan rakyat. Tambahnya, Anwar  mencetuskan fenomena kesedaran dalam diri golongan muda, mengajak mereka untuk terjebak dalam agenda reformasi protes jalanan.

Hahaaaa… Macam ni ke tokoh yang patut disanjungi?? Ajak anak muda buat gila dalam demontrasi dan protes?? Mengajak golongan muda buang masa, tidur, lepak, kencing dan rosakkan harta benda awam. Macam tu ke tokoh??

Yela betul, macam ni la cara peliwat mengajak orang ramai untuk menjadi ‘tokoh’ seperti dia. Kemudian mengaku dirinya menjadi punca kepada suburnya proses dan amalan demokrasi. Yang paling best, dorang cakap Anwar lah yang menguatkan barisan pembangkang.

“Anwar turut berperanan dalam meluaskan perkongsian rakyat terhadap prinsip dan nilai-nilai unggul seperti keadilan untuk semua, tatakelola yang baik dan telus, bebas dari rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan.

“Anwar juga memainkan peranan menerajui Reformasi sama ada di dalam atau di luar penjara dengan permuafakatan pembangkang secara aman,” katanya.

Sebenarnya orang ramai dah tak perlukan khidmat Anwar dari dalam penjara tu lagi dah. Anwar tu je perasan dirinya masih lagi penting. Padahal takde siapa pun peduli tentang nasib dia dalam penjara, melainkan keluarganya sendiri.

Tetiba, macai-macai PKR mengaku konon Anwar ni korbankan jiwa dan raganya semata-mata demi kesejahteraan dan keamanan negara. Membawa nama kemanusiaan yang berprinsipkan keadilan agama Islam. Konon dia ni berhati mulia laaaa. Coihhhh! Nak termuntah Gomez! – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *