PH Guna Umpan ‘Jaga Melayu’ Untuk Tawan Putrajaya

Nampaknya Pakatan Harapan (PH) semakin terdesak untuk memikat pengundi Melayu, apabila terpaksa mengeluarkan umpan ‘PH tetap menjaga kebajikan umat Islam’ jika PH diberi peluang untuk memerintah negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Parti dalam gabungan Pakatan mula menyedari mereka amat memerlukan undi umat Melayu selepas menyedari kemarahan umat Melayu terhadap DAP yang terbukti sebuah parti ‘racist’, dan suka menjadi sebuah parti ‘taiko’ dalam segala hal.

Seperti biasa, PH berlakon dengan berikrar dihadapan rakyat dengan mengatakan PH akan mengekalkan kedudukan Islam dan Melayu, jika mereka dipilih rakyat untuk mentadbir negara.

Namun, rakyat perlu diingatkan bahawa ikrar-ikrar parti pembangkang ini hanyalah dusta semata-mata bagi membolehkan mereka meraih undi… Tengok sajalah di Pulau Pinang, bagaimana kebajikan umat Islam dan Melayu terus dijaga walaupun mereka pernah berjanji sebelum PRU lalu.

Sebelum PRU lalu, Pakatan telah berjanji kebajikan umat Islam dan Melayu akan terus dijaga mereka, walaupun kuasa kerajaan negeri diberikan kepada parti cina kiasu… Tetapi apa yang jadi  pada hari ini amat menyedihkan.

Umat Islam dan Melayu di negeri itu amat terseksa sama sekali, apabila ketua kerajaan negeri mempamerkan corak pemerintahan ‘racist’, sehingga umat Melayu terpaksa merempat dan mengemis di negeri itu.

Bukan itu saja, lihatlah bagaimana wakil Pas dilayan oleh parti Cina kiasu di negeri itu…wakil Pas yang mahu kebajikan umat Islam dan Melayu terbela di negeri itu, disingkirkan dari kerajaan negeri yang ditawan hasil kerjasama mereka pada PRU lalu.

Jadi, adakah anda akan terus mempercayai ikrar pemimpin PH yang kononnya akan mengekalkan hak kebajikan umat Islam dan Melayu di negara ini, jika mereka berjaya menawan Putrajaya??

Jika anda masih percaya dengan ikrar PH ini, maka anda merupakan seorang pengundi yang menempah tiket ke neraka pemerintahan PH… Oleh yang demikian, janganlah mempercayai ikrar PH sekiranya anda masih mahu negara ini ditadbir berlandaskan syariah Islam. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *