PKR Cuba Nak Ajar UMNO Cara Menukarkan MB Dengan Betul

Amat memalukan! Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan bangganya memuji parti sendiri, dengan mendakwa parti itu sepuluh kali ganda lebih baik daripada UMNO. Lebik baik hanya sebab mereka merasakan PKR lebih tertib dan demokrasi dalam proses mahu membuat pertukaran Menteri Besar.

Ehhhhhhhh… Nak ajar UMNO cara-cara menukar MB dengan betul ke?? Yakin sangat yang dorang punya ‘demokrasi’ tu cukup teratur. Sebab tu la berlagak sangat nak ajar UMNO cara buang MB Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan teratur.

Maknanya PKR nak tuduh yang cara UMNO singkirkan MB Kedah tak betul la?? Jika mahu dibandingkan dengan cara ‘demokrasi’ mereka ketika menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2014.

Kenyataan masuk bakul angkat sendiri itu dibuat oleh Ketua WHIP PKR, Datuk Johari Abdul. Terus jadi kecoh laman sosial dek peperangan keyboard warrior antara penyokong PKR dan UMNO. Bagi penyokong pembangkang pastinya mereka bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Sudah semestinya kenyataan dari Ahli Parlimen Sungai Petani itu mendapat tentangan hebat dari penyokong UMNO. Kenyataan mengejutkan itu turut mendapat perhatian dari blogger-blogger, sampai ada yang mual dan nak termuntah bila baca kenyataan tersebut.

Gomez pun kelakar dengan kenyataan Johari ni, bukannya orang tidak tahu mengenai konflik yang berlaku antara PKR dan MB Selangor tu. Terdesak sangat nak singkirkan MB Selangor, Khalid sampai sanggup mencipta fitnah semata-mata nak musnahkan kerjaya individu tersebut.

Macam la media tidak buat liputan pasal kontroversi tersebut. Johari ni ingat rakyat dan pembaca ni bodoh sangat kot senang-senang je nak kencing. Lain la bagi penyokong PKR yang sememangnya tak cerdik tu.

Yela walaupun Khalid memang sedikit degil macam Mukhriz, tapi perlu ke PKR sampai nak fitnah?? Siap sebarkan berita-berita mengaibkan…. Eshhhhhhh, terdesak gila kan. Tengok macam UMNO, takde pun nak aibkan Mukhriz. Elok je usaha yang dorang guna untuk singkirkan Mukhriz kerana sememangnya dia sudah tidak layak jadi MB Kedah.

Lain la macam PKR, UMNO langsung tidak pernah buat ‘jelajah memfitnah’ ke setiap pelusuk negeri semata-mata nak burukkan MB. Malah MB tu sendiri yang buat jelajah bagi mendapat sokong untuk terus kekal di tampuk pemerintahannya.

Walaupun UMNO mempunyai pengaruh media masa yang kuat, tapi parti itu tidak pernah mempergunakan cara tersebut untuk keperluan mereka. Padahal boleh je kalau dorang nak guna cara kotor tu. Jelas nampak yang sebenarnya ‘demokrasi’ yang PKR maksudkan itu adalah ‘demokrasi kotor’.

Yang paling kelakar, Johari yang mendakwa PKR lebih telus tu sebenarnya PKR dan Pakatan Rakyat ketika itu guna cara sebarkan keburukan Khalid kepada umum. Siap buat dokumen lagi bertajuk ‘Menggantikan Menteri Besar Selangor’.

Mereka menuduh Khalid korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor. Dahsyat kan!! UMNO pernah ke buat macam tu? Takde kan!

Jadi tak malu ke PKR mendakwa mereka lagi bagus dalam proses singkirkan MB?? Sedangkan mereka guna cara yang paling busuk! Macam ni la jadinya kalau nak ludah orang, tapi terkena muka sendiri. Amat memalukan!! – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *