Sam & Syatilla Bakal Berkahwin Pada 8 Februari Ini

Hebat betul lakonan dan penafian yang dilakukan oleh Shaheizy Sam, Syatilla Melvin dan ibu sam, iaitu Khaty Fauziah.. Mereka bertiga menafikan sekeras-kerasnya yang Sam bakal berkahwin dan mempunyai hubungan istimewa dengan Syatilla..

Syatilla juga telah memaklumkan yang dia tidak tahu menahu tentang sidang media yang bakal diadakan Sam, untuk menjelaskan status sebenar hubungan mereka.. Pasangan ini telah pun membuat sidang media dan mengumumkan bakal berkahwin pada 8 Februari ini..

Betul la khabar angin sebelum ni yang mendakwa Sam sedang sibuk membuat persiapan kahwin.. Kalau dah pelakon tu, memang hebat dalam berlakon menipu peminat ye.. Dengan pengumuman itu maka sahlah yang mereka ini adalah pasangan bercinta..

Tarikh yang dipilih itu bersamaan dengan tarikh lahir Syatilla, majlis pernikahan ini akan dibuat di rumah sebelah pengantin perempuan iaitu di Nibong Tebal, Pulau Pinang.. Selepas selesai akad nikah mereka akan buat majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Villa..

Menurut Sam, dia tak ada niat pun nak merahsiakan hubungan mereka.. Tetapi, sekitar lima bulan lalu dia merasakan Syatilla adalah wanita yang telah berjaya mencuri hatinya dan amat sesuai untuk dijadikan isteri..

Sebenarnya Syatilla telah pun dirisik oleh ibu Sam pada 13 Disember lalu di Penang.. Segala penafian pasangan ini tentang hubungan mereka hanyalah sandiwara.. Tak faham betul Miss A dengan pasangan ini, sampai macam itu sekali menafikan hubungan mereka..

Tak salah pun Miss A rasa dedahkan perkara yang sebenar-benarnya pada umum.. Kalau nak rahsiakan, rahsiakan saja sejak awal.. Jangan nak bermain tarik tali dengan peminat.. Apapun, dorang dah pun nak berkahwin, doakan sajalah yang terbaik buat pasangan ini.. Miss A ucapkan semoga Sam dan Syatilla berbahagia sehingga akhir hayat.. – Miss A/UtaraNews.com

One thought on “Sam & Syatilla Bakal Berkahwin Pada 8 Februari Ini

  • 13/01/2016 at 11:42 am
    Permalink

    sam & syatilla berhak melindungi privasi mereka. mungkin dengan terus "berlakon" di luar lokasi penggambaran ,mereka yakin ,mereka boleh melindungi hubungan mereka dari perhatian paparazzi & netizen jahat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *