Syafiq Kyle Tak Mahu Dikaitkan dengan Uqasha Senrose Lagi

Waktu bercinta semuanya indah, lautan api pun sanggup ku renangi.. Bila dah putus, kalau boleh nak tengok muka pun tak mahu.. Ingat lagi tak, dulu pelakon Syaqif Kyle pernah mendedahkan dia telah bercinta dengan Uqasha Senrose?

Sudah lama pasangan ini berpisah.. Syafiq minta namanya tak lagi dikaitkan dengan Uqasha.. Perpisahan pasangan ini mula tersebar selepas melihat Uqasha sudah mula berkawan rapat dengan beberapa pelakon lelaki lain..

Setiap kali timbul gosip Uqasha rapat dengan pelakon lelaki.. Pasti nama Syafiq juga akan dikaitkan.. Iyerlah, masing-masing tak pernah keluarkan kenyataan pada media yang mereka sudah putus.. Sebab itu mereka masih dikaitkan bersama..

Ketika hangat bercinta dicanang-canang, dah putus senyap macam tu je.. Menurut Syafiq, dia minta namanya tak lagi dikaitkan dengan Uqasha.. Memang dorang masih berkawan baik, tapi tak ‘serapat’ dahulu..

Selagi tak kahwin janganlah dihebohkan pada media, bila dah putus nanti diri sendiri yang malu.. Miss A tengok ramai yang berteman rapat dengan Uqasha selalu tak bertahan lama.. Sebab tu Uqasha sering dilabel ‘play girl’.. Lepas sorang, sorang pelakon lelaki kat Malaysia ini dia ‘berteman rapat’.. – Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *