Tolong Hentikan Perbalahan Sesama Sendiri Di Dalam Parti – Rafidah Aziz

Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz menasihati supaya anggota-anggota parti menghentikan perbuatan berbalah sesama sendiri di dalam parti. Hal ini kerana ia akan menjerumus kepada kepincangan dalam parti lantas masalah sebenar tidak akan dapat diselesaikan.

Melalui posting Rafidah di laman Facebook miliknya, dia mendesak supaya anggota parti segera mencapai kata sepakat. Ujarnya lagi sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk mencari kesalahan pemimpin lain.

Sikap tuduh menuduh dan menyalahkan pemimpin lain hanya akan membawa kepada keretakkan dan perpecahan. Tindakan tersebut pasti membawa kemudaratan kepada parti. Jangan sampai perkara itu mengundang rasa tidak selesa serta ketidakpercayaan orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Jika perkara tersebut berlaku maka tidak mustahil parti akan hilang kepercayaan, malah mengheret kepada  kehilangan undi-undi orang Melayu dan Bumiputera. Sebaliknya anggota parti harus bekerjasama dalam membela nasib rakyat bagi memberi keyakinan kepada mereka.

“Jangan kita terlalu sibuk dengan politik berkelompok-kelompok, sehingga orang-orang Melayu dan Bumiputera hilang kepercayaan kapada Parti.

“Jangan lupa, sambil kita bermati-matian menjatuhkan sesama sendiri dan menilai antara satu dengan lain, rakyat pula menilai kita kerana mereka sebagai pengundi-pengundi yang akan menentukan kerajaan,” tulisnya dalam satu status di Facebook.

Mengulas lebih lanjut, Rafidah menyuarakan kekesalannya ke atas pertikaman lidah dan berbalas kritikan yang sedang hangat berlaku dalam parti politik. Mungkin anggota parti hanya celaru dan berlaku sedikit salah faham. Namun perkara tersebut berlarutan sehingga berlaku sedikit persengketaan.

Oleh yang demikian, Rafidah mendesak supaya pemimpin berfikiran lebih matang dalam membuat keputusan. Seharusnya para pemimpin memberi tumpuan yang lebih dalam merialisasikan harapan rakyat jelata. Ini kerana rakyat mempunyai hak untuk memilih calon mana yang lebih layak memerintah.

“Janganlah mencontengkan arang di hidung sesama kita.. Memadailah sudah terdapat muka-muka antara kita sudah terconteng arang.

“Bermuafakatlah… Berbincang dan selesaikan masalah-masalah dengan ikhlas dan baik,” ujar beliau.

Betul tu, kalau rasa diri sudah tidak mampu memimpin dan memenuhi kehendak rakyat. Adalah lebih baik sekiranya melepaskan sahaja jawatan yang ada. Beri sahaja peluang itu kepada pemimpin yang lebih layak. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *