Waris Dapat Gelaran Datuk Dari YDP Besar Negeri Sembilan???

Tahniah, Miss A ucapkan pada penyanyi rap, Waris kerana telah dikurniakan anugerah oleh YDP Besar Negeri Sembilan, sewaktu hari keputeraan baginda.. Penyanyi ini sangat terkenal dengan lagu ‘Gadis Jolobu’.. Bagi Miss A, boleh tahan ‘best’ juga lagu ini..

Waris ini memang terkenal dengan menyanyikan lagu-lagu menggunakan loghat Negeri Sembilan.. So, Miss A rasa memang dia layak pun untuk mendapat anugerah seperti itu.. Iyerlah, bukan senang nak tarik hati netizen dengar lagu loghat Negeri Sembilan..

Menerusi laman Instagram miliknya, Waris telah kongsikan saat dan detik indah dia mendapat anugerah itu kepada peminatnya.. Sehingga kini, anugerah apa yang diterimanya masih tak dapat dipastikan..

Tapi, ramai peminat Waris yang dah mula panggil Waris dengan gelaran Datuk Waris.. Iyerlah, selalu kalau dapat anugerah ini, orang fikir akan dapat anugerah gelaran Datuk je.. Tak terfikir pulak benda lain.. Mungkin memang dapat gelaran Datuk kot..

Apapun, kalau betul sudah dapat gelaran Datuk, itu memang sesuatu yang perlu dibanggakan.. Penat lelah Waris dalam mencipta lagu menggunakan loghat Negeri Sembilan akhirnya telah membuahkan hasil.. Tahniah sekali lagi diucapkan buat Waris.. – Miss A/UtaraNews.com 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *