10 Juta Penduduk India Putus Bekalan Air Akibat Khianat

Gara-gara tunjuk perasaan, lebih daripada 10 juta penduduk di ibu negara India, New Delhi terima padah.., apabila terputus bekalan air selepas penunjuk perasaan mensabotaj terusan utama yang membekalkan air ke bandar itu.. Dasyat dan ganas betul dorang ini, sampai sabotaj terusan bekalan air utama!

Tunjuk perasaan ini berlaku selepas Komuniti Jat membantah isu kuota dalam perkhidmatan awam dan institusi pendidikan.. Selepas Komuniti Jat melakukan perbuatan khianat itu, pihak tentera mengambil alih kawalan terhadap terusan Munak..

Disebabkan perbuatan khianat itu juga lah, kesemua sekolah di bandar itu terpaksa  ditutup..  Bekalan air dari terusan yang terletak di Haryana itu, pada kebiasaannya membekalkan air kepada kira-kira 3 per 5 daripada 16 juta penduduk yang tinggal di New Dehli.. Memang terjejas teruk lah kalau terusan utama rosak, terseksa nak hidup kalau tak ada air.. Huhuhu..

Difahamkan, penduduk pun dah diberi amaran terlebih dahulu untuk menyimpan air dan bantuan lori tangki air turut dihantar ke beberapa kawasan yang terjejas, tapi itu pun belum cukup untuk mengatasi masalah itu..

Kini pihak tentera sedang melakukan proses pembaikan.. Berkemungkinan mengambil masa dalam beberapa hari untuk pulih.. Tidak puas hati punya pasal, satu bandar kena tempias! – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *