Adik Neelofa BIADAB! Kutuk Sekolah Kerajaan

Korang panas tak bila orang Malaysia kutuk perkhidmatan dan kebajikan yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat-rakyat kat negara ini, hanya kerana dia mampu dan kaya?? Dia ‘KAYA’ sebab tu dia boleh pilih nak dapatkan khidmat antarabangsa atau kerajaan.

So mana yang dia rasa perkhidmatan tu jijik, dia kutuk?? Gila tak panas! Adik Neelofa, yang dipanggil Ameera ini kutuk sekolah kerajaan, dan bandingkan sekolah kerajaan jauh lebih teruk dari sekolah antarabangsa. Memang la sekolah antarabangsa lagi baik, tidak dinafikan.., tapi perlu ke nak perburukkan sekolah kerajaan??

Walaupun pendapat Ameera ini memang ada yang betul, tapi tak fikir ke ‘pendapat’ dia tu boleh mengguris hati si pendengar yang low standard dan tak mampu nak masuk international school macam dia tu.

Dah nama pun international school, mesti la cikgu-cikgunya lulusan terbaik! Service yang disediakan terbaik! Makanan yang disediakan pun ‘world class’, sesuai sangat dengan tekak omputih si Ameera ni.

Tapi sesuai juga la dengan bayaran yang korang bayar untuk masuk international school jika nak dibandingkan dengan sekolah kerajaan, yang hanya layak untuk orang miskin macam kita orang ni.

Bayar beribu-ribu, tak kan nak hidang nasi lemak je kan? Apa yang bertambah panas telinga.. Ada ke patut Ameera cakap yang cikgu di sekolah kerajaan ni macam tiada kelayakkan dan tiada pengalaman. Sebab tu orang yang belajar di sekolah kerajaan ni semua tak pandai macam dia. Biasa-biasa je kelulusan dorang.

Lepas tu, katanya lagi makanan kat kantin sekolah kerajaan tak sedap!! Jijik!! Loya tekak!! Nak termuntah kalau makan! Tandas pula dengan busuk conteng sana sini, lantai pula basah dan kotor.. Eiiiii, terbantut Ameera nak ‘berak’.

Lebih kurang macam tu maksud dia… Kalau nak bandingkan dengan international school. Cikgu-cikgunya semua pandai-pandai, siap ajar dan kongsi budaya dorang lagi. Haaa, elok la ajar cara hidup dan budaya barat. Lepas tu, semua pelajar di sekolah antarabangsa terus lupa asal usul. Sebab tu sekarang ni budak-budak international school banyak yang tak tahu sejarah negara, sebab banyak sangat belajar sejarah negara barat.

Lagi satu, sekolah kerajaan lebih tekankan sejarah negara berbanding barat sebab dah nama pun sekolah di Malaysia untuk rakyat Malaysia. Jadi kenapa nak lebihkan ajar sejarah barat?? Pendapat Ameera ni macam menjatuhkan maruah orang yang belajar di sekolah kerajaan.

Guru yang mengajar di sekolah kerajaan lagi la, macam teruk sangat dorang tu. Tapi kalau cikgu di sekolah kerajaan teruk tak kan pelajar dorang boleh jadi doktor, peguam, arkitek dan sebagainya??

Jika dibandingkan dengan Ameera nanti, besar nak jadi apa?? Nak bawak budaya barat masuk Malaysia ka? Dan yang paling Gomez panas, boleh pulak dia cakap cikgu kerajaan buat kerja ‘cincai’!

Hello… Cikgu ni kadang-kadang tak tidur okeeyy, semua pasal student dia. Kalau nak dibandingkan dengan cikgu international school yang bagi kerja pastu bincangkan, tanda markah.., kemudian masuk topik baru lepas tu balik rumah tidur.

Lepas video Ameera ditonton ramai dan mendapat pelbagai kritik, baru la Ameera ni tergedik-gedik nak minta maaf. Tapi masih lagi mempertahankan pendapatnya yang sekolah kerajaan lagi teruk dari sekolah antarabangsa. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *