Akhirnya Mahathir MENGAKU Proton Preve Tak Berkualiti

Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa perlancaran Proton Preve merupakan satu kesilapan besar oleh Proton. Mahathir mengakui silapnya dihadapan beberapa media dan juga Careta dalam satu wawancara semalam.

Mahathir mendedahkan keburukan Proton itu sendiri kerana gagal untuk melakukan ujian ketahanan yang sepatutnya setiap kali hendak mengeluarkan produk terbaru. Perlancaran Proton Preve terlalu awal dari tarikh yang sepatutnya, kerana Proton langsung tidak melakukan ujian-ujian yang sepatutnya.

Jika korang perhatikan kenapa Proton Perdana dilancarkan pada tahun ini dan bukannya dilancarkan pada tahun lepas. Ini kerana pihak Proton mahu melakukan ujian sepenuhnya sebelum melancarkannya ke arena industri.

Pihak Proton kali ini mengambil keputusan mahu mementingkan kualiti lebih daripada keuntungan. Jika dahulu mereka mengikut kehendak Mahathir yang mahu perlancaran dilakukan segera, kerana takut kehilangan pelanggan dan kualiti tidak diutamakan. Tetapi kali ini berbeza, pastinya mereka tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Saya mahu ia dilancarkan tahun lepas tetapi mereka (Proton) berkata ia tidak boleh dilakukan. Saya kata kalau tunggu terlalu lama, nanti minat pelanggan hilang. Mereka kata baik tunggu lama dan pastikan kereta itu sempurna dan jangan jadi seperti Preve dahulu,” ujar beliau.

Kegagalan Proton Preve menyebabkan butang penghidup enjin dan keseluruhan butang tercabut kerana hanya butang dipasang, tetapi bukan kabel dan pengikatnya.

“Mereka beli Preve, bergerak sejauh 200 ela dan rosak. Setahun kami rugi kerana tidak dapat menjual Preve akibat masalah-masalah tersebut dan reputasinya,” sambung Mahathir.

Selepas pelbagai hinaan dan kutukan mengenai keburukan kereta keluaran Proton, kini mereka mengambil inisiatif mahu membaiki kekurangan yang ada dengan mendengar keluhan yang disuarakan rakyat.

“Kami telah lakukan banyak perkara tetapi tetap dibayangi dengan reputasi yang buruk. Oleh itu, kami akan mendengar kritikan dari pengguna dan akan mengambil langkah untuk menyelesaikan atau mengatasinya,” katanya.

Patutlah kereta jenama Proton langsung tiada daya ketahanan, pakai tak sampai bertahun-tahun dah rosak sana sini. Rupa-rupanya Mahathir hanya tahu nak untung, tapi kualiti langsung tak dijaga. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *