Amanah ‘HULUR TANGAN’ Pada Muhyiddin

Sebagai tanda simpati dan kasihan terhadap nasib malang yang menimpa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran daripada penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO. Parti Amanah Negara (Amanah) menghulurkan tangan sebagai tanda ‘persaudaraan’ dan pertolongan kepada Muhyiddin.

Ajakan untuk menyertai parti Amanah dibuat susulan daripada parti PKR mengalu-alukan kedatangan Muhyiddin untuk menyertai gerakan ‘reformasi’. ‘Reformasi’ tersebut dijangkan bakal menuntut ‘keadilan’ serta menentang perlakuan pemimpin yang bertindak secara tidak adil dan tidak sama rata.

Bukan itu sahaja, malah Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan turut mengajak seluruh ahli UMNO Johor untuk menyertai parti serpihan tersebut sekiranya mereka berhasrat mahu meninggalkan parti Melayu tersebut. Kononnya penyertaan ahli UMNO Johor ke dalam Amanah adalah sebagai gelombang besar bagi melakukan perubahan kepada negara.

“Dua sosok anak Johor, (bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan Muhyiddin) ini menggambarkan betapa bangsa Johor dilihat gah dalam kepimpinan negara. Kedua-duanya merupakan pemimpin yang berprinsip.

“Saya selaku pengerusi dengan semangat #BangsaJohor yang tertanam hebat dalam diri setiap rakyat Johor, dengan ini mengajak seluruh rakyat Johor tidak kira dari parti mana dan kaum apa untuk sama-sama buktikan, bangsa Johor bakal mengetuai gelombang perubahan rakyat!” katanya.

Menurutnya lagi, Muhyiddin perlu bangkit bersama-sama  Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin untuk melakukan perubahan tersebut. Memperjuangkan maruah negara Johor, negeri kelahiran Muhyiddin demi kebebasan negeri tersebut dan Malaysia.

“Bersamalah dengan AMANAH sekali gus bergabung padu dengan Pakatan Harapan. Kita bersatu demi keadilan dan kemajuan bangsa Johor dan Malaysia,” katanya lagi.

Pandai betul parti Amanah ini menabur janji-janji manis, padahal mereka sendiri langsung tidak pernah melakukan sebarang perubahan kepada negara mahupun kepada parti. Berbakti kepada Pakatan Harapan pun masih samar-samar, inikan pula mahu melakukan ‘reformasi’ kepada negara. – TiraGomez/UtaraNews.com

One thought on “Amanah ‘HULUR TANGAN’ Pada Muhyiddin

  • 28/02/2016 at 6:14 pm
    Permalink

    sesuai la tu parti utk org2 kecewa… jd dpt lah share rasa kekecawaan memasing… hanya org2 kecewa yg memahami perasaan org kecewa..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *