Apa Yang PAS Dapat Jika Menyertai Himpunan Bebas Anwar??

Kecoh puak Pakatan Harapan (PH) bila Pas tidak turut sama menyertai perhimpunan #BebasAnwar yang diadakan di pintu hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.

Ekoran Pas tidak bersama-sama dalam perhimpunan yang diadakan malam tadi, puak PH mendakwa Pas mulai lupa diri dan jasa yang telah disumbangkan Datuk Seri Anwar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang membolehkan pembangkang menawan 3 negeri.

Namun begitu, menjadi tanda tanya untuk apa Pas diperlukan untuk menyertai perhimpunan tersebut?? Lagipun , kalau dilihat kepada poster himpunan tersebut tidak pula tertera bendera parti Islam itu.

Selain itu, tiada keperluan untuk Pas menyertai himpunan yang kononnya dapat membebaskan Anwar daripada hukuman penjara 5 tahun atas kesalahannya mencerobohi stor ‘kunyit’.

Daripada Pas sibuk memperjuangkan dasar parti PKR yang hanya memperjuangkan kebebasan Anwar berbanding membela rakyat, lebih baik Pas menumpukan perjuangan mereka untuk melaksanakan hukum Islam sekaligus dapat membela nasib rakyat.

Turut menjadi tanda tanya, mengapa hanya Pas sahaja yang diserang oleh puak PH kerana tidak menghadiri perhimpunan #BebasAnwar, sedangkan DAP juga tidak menghadiri perhimpunan tersebut dan hanya menghantar seorang sahaja wakil mereka??

Adakah puak PH tidak menyerang pemimpin DAP kerana mereka memahami parti cina kiasu itu hanya mempunyai pemimpin berbangsa Cina yang sibuk meraikan perayaan tahun baru???

Justeru, apa yang dapat diperkatakan mengenai ketidakhadiran pemimpin DAP ke himpunan tersebut merupakan satu amaran buat PKR yang asyik berjuang membebaskan Anwar…. DAP telah ‘muak’ dengan perjuangan PKR yang semakin terpesong untuk menawan Putrajaya pada PRU akan datang. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *