Badan Semakin Sado Buatkan Nabil Ahmad Jadi Sombong

Sejak-sejak, body pelawak Nabil Ahmad dah sado ni, Miss A dengar cerita ramai penerbit drama yang dah mula beri tawaran lakonan pada Nabil.. Tapi, semua tawaran lakonan yang diterima Nabil tu di tolak mentah-mentah oleh si Nabil ni..

Baru badan sado sikit, takkan nak demand dah? Setakat badan je sado kot.. Muka dia Miss A tengok, bukan automatik ikut jadi hensem sekali.. Muka sama ja, tak hensem mana.. Dah terima tawaran berlakon.. Kira untung juga la.. Tapi, tolak semua tawaran tu pasal apa?

Nabil maklumkan dia tolak tawaran berlakon, sebab ada perkara buruk pernah jadi kat dia waktu pertama kali melibatkan diri dalam bidang lakonan.. So, dia jadikan pengalaman yang lepas sebagai pengajaran..

Sebelum ini dia pernah terlibat dengan bidang lakonan, pihak produksi suruh Nabil sampai awal dilokasi penggambaran.. Tapi, bila dia sampai awal apapun tak siap dan dia pulak kena tunggu berjam-jam.. Malah, kalau bergelar pelakon selalunya 24 jam masa mesti di habiskan hanya di set penggambaran..

Walaupun Nabil selalu tolak tawaran lakonan, Nabil banyak aktif dalam bidang pengacaraan.. Biasalah bidang pengacaraan masa lebih teratur..

Untunglah Nabil sebab masih mempunyai pilihan untuk memilih bidang lakonan atau bidang pengacaraaan.. Tengah diri tu laku dalam bidang pengacaraan boleh nak dipilih-pilih dan tolak semua tawaran lakonan.. Nanti dah tak laku jadi pengacara, baru merangkak nak minta tawaran berlakon balik.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *