Benarkah Dakwaan Warga Bangladesh Sebenarnya Malas???

Seorang lelaki yang juga dipercayai sebagai majikan meluahkan rasa tidak berpuas hatinya atas dakwaan warga Bangladesh lebih rajin pada warga tempatan. Sejauh manakah kebenaran dakwaan semua warga Bangladesh semuanya malas ini, tidak dapat dipastikan kerana dalam pemerhatian mata kasar kita nampak macam rajin buat kerja, betul tak?

Lelaki yang dirahsiakan identitinya ini menganggap bahawa idea membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh adalah idea gila, sebab dorang semua sebenarnya malas. Yeke? Katanya warga Bangladesh memang malas nak buat kerja walaupun dorang memang berkebolehan dalam bidang perladangan contohnya.

Kena maki hamun, caci maki segala dan jerit telolong barulah dorang nak mula buat kerja. Bila tokey suruh potong buah kelapa sawit yang sudah masak, dorang potong yang muda. Buah sawit yang luruh pulak malas nak kutip biar je macam tu, betul ke ni??

Tambahnya lagi, kalau kena kait pokok yang tinggi sikit dorang dah taknak buat kerja. Walaupun dah kena kerah macam lembu, tapi dorang buat dekkk je takmau buat jugak. Warga Indonesia lagi rajin pada Bangladesh.

Bila mandur takde dekat ladang, dorang lepak curi tulang ramai-ramai. Sudah la Bangladesh banyak yang gemuk-gemuk.. Bayar gaji dorang dah RM900 lepas tu duit agen kena bayar RM3-4 ribu dengan bagi kemudahan makan dan tempat tinggal lagi, merugikan kata lelaki terbabit.

Nak tanya sikit tokey-tokey ladang yang ambil pekerja asing ni, betul ke perangai warga Bangladesh macam yang didakwa mamat ni? Kesemua atau hanya segelintir atau pun cuma fitnah je??

Bukan setakat warga Bangladesh je mamat ni kutuk tapi sekali Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi kena sekali. Katanya kalau bagi rakyat tempatan gaji RM900 sama macam warga asing tapi makan sendiri, rumah sendiri transport sendiri berlainan macam Bangladesh yang semuanya ditanggung tu, baik tak payah sembang la yang orang kita malas kerja kotor dan susah.

Tambahnya kenapa orang yang kerja Oil dan Gas boleh je kerja merbahaya dan ganas, sebab gajinya mahal. Okey mehh nak bagitahu, nak kerja Oil dan Gas bukan standard budak PMR atau SPM tau yang kerja tu.

Semua yang kerja tu rata-rata ada kelulusan tinggi dalam bidang Oil dan Gas, sebab dorang kerja guna skill dan otak. So padan la gaji tu dengan intelektual yang dorang ada. Walaupun ada yang ’bodoh’ sesat kerja Oil dan Gas, dorang training dulu berbulan-bulan baru boleh kerja situ tau, jangan main bantai je. Kata tokey tapi itu pun tak boleh fikir ke?

Tak kesah la betul ke tak warga Bangladesh ni malas, tapi apa yang betulnya warga tempatan memang malas dan jijik nak kerja kotor yang low standard ni. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *