Bilangan Mangsa Banjir Di Sarawak Semakin Meningkat

Jumlah mangsa banjir di daerah Kuching dan Bau, meningkat kepada 2,679 orang, setakat 5 petang ini, berbanding 2,501 mangsa, tengah hari tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim, berkata 14 pusat pemindahan dibuka di daerah Kuching dan lima pusat pemindahan dibuka di daerah Bau.

“Pusat pemindahan menempatkan 694 keluarga,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *