Datuk Doris Sophia Ketuai Senarai Nama Penerima Anugerah Dari Sultan Pahang

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Doris Sophia Ahmad Brodi, mendahului 256 senarai penerima darjah kebesaran dan pingat bersempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Doris Sophia adalah antara 14 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat peringkat pertama itu disempurnakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Selain Doris Sophia, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Khairuddin E.S Abd Samad, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Jamil Salleh, dan Timbalan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah, turut menerima darjah kebesaran itu.

One thought on “Datuk Doris Sophia Ketuai Senarai Nama Penerima Anugerah Dari Sultan Pahang

  • 06/02/2016 at 8:19 am
    Permalink

    Senator Dato Khairudin E.S. Abdul Samad, L.C>E. pun tak lulus jadi peon (budak pejabat) O.U.B bank diButterworth, Masuk politik semua boleh lingkup Malaysia, Yasmin DUNSungai Dua juga peon sekolah jadi Speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang semasa permerintahan kegemilangan,cemrmerlang dan terbilang dalam umno yang dulu, kini dan selamanya begitulah malayu.Itu sebablah aku tak mengotorkan tangan aku dalam politik, Syukur Alhamdulillah, doa semoga mereka ni Allah sedarkan diri mereka dan kembalikejalan yang benar.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *