Fenomena ‘Hairy Panic’ Serang Australia

Bahayanya kalau rumah dikeliling dengan rumput macam itu, binatang berbisa sembunyi celah-celah itu pun tak sedar.. Sedar-sedar dah kena gigit! Nak tengok muka orang pun tak nampak.. Huhhuu..

Itu lah yang terjadi pada penduduk sebuah pekan kecil di Australia bila halaman rumah diorang ‘diserang’ fenomena sejenis rumput ‘tumbleweed’ atau lebih dikenali sebagai ‘hairy panic’..

‘Hairy panic’ ini dikatakan sejenis tumbuhan kering yang tumbuh dengan cepat dan lebih menakutkan, tumbuhan itu boleh tumbuh sampai mencecah setinggi bumbung.. Disebabkan itu, penduduk di situ terpaksa menebas setiap hari..

Hari-hari nak tebas memang penat jugak lah, kalau tak ditebas tak boleh nak keluar pulak noh.. Difahamkan, kejadian ‘serangan’ ‘hairy panic’ ini bukan sesuatu yang luar biasa dan pertama kali berlaku..

‘Serangan’ fenomena ini akan berlaku setiap tahun, masa musim panas tiba jer.. Tapi cuma kali ini je agak mengejutkan kerana jumlah rumput itu terlalu banyak sampai memenuhi laman depan, belakang dan jalan.. Nak keluar pergi mana-mana pun susah.. – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *