Gadis Sengal Gelapkan Kulit Dengan Cat!

Nak kulit hitam macam orang Negro punya pasal, seorang gadis yang sengal di Scarborough, Britian sanggup menggelapkan kulit dia dengan cat coklat gelap! Pasal apa yang bangang sangat minah ini, otak masuk ‘air’ ke?? Tak pernah dengar lagi orang nak gelapkan kulit kena guna cat bagai!

Daripada dia cat muka dan badan guna berus, lebih baik dia penuhkan bath tub dengan cat coklat gelap, lepas itu berendam lah sepuas-puasnya dalam itu.. Mesti hasilnya lebih mengagumkan! Hahaha.. Gambar itu telah menarik perhatian dan viral selepas gadis yang dikenali Imogen Silversides berkongsi gambarnya di laman sosial Facebooknya..

Kata Imogen, dia bertindak mengecat diri dia dengan berus selepas mengikut ‘nasihat pakar kulit’ di Facebook.. Hah, elok sangat lah mengikut nasihat dari ‘pakar’ yang tak bertauliah itu.. Agaknya ‘pakar kulit itu’ saja memperbodohkan dia..

Imogen itu pun satu, percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh ‘pakar kulit’ kaki penipu itu!  Tapi selepas Imogen sedar diri dia diperbodohkan, tahu pulak nak marah-marah dan memaki hamun ‘pakar kulit itu’ di Facebook..

“Siapa yang kata kita mampu dapat kulit gelap dengan gunakan berus cat adalah penipu!” kata Imogen marah di laman Facebooknya..

Dah tak ada guna nak maki hamun lagi cik kak oii! Yang salah itu kau sendiri, kenapa bendul sangat nak percaya dengan semua itu.. Dia sendiri pun dah boleh fikir , lagipun dia bukannya budak kecik yang tahu nak membezakan sesuatu itu betul atau tidak, kan??? – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *