Islam MENGHARAMKAN Jual Beli Kucing!!

Beberapa hari lepas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (llmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya ada menyampaikan ceramah mengenai kucing.. So, ada perkara penting yang korang perlu tahu dan akan mengejutkan korang!

Nak tahu apa bendanya?? Miss rasa ramai dalam kalangan orang Islam berkemungkinan tak tahu hukum jual beli kucing sebenarnya adalah HARAM! Mengejutkan yer tak??

Menerusi rakaman video program Dr Fathul, Fokus Kitab Ahli Sunnah (Fokas) Fathul Bari, larangan itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W..  Ini mungkin mengejutkan kita semua, tapi memang ada dalam Hadis.. Nabi melarang jual beli kucing, jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini..

Tetapi jangan salah faham pulak, orang kata haram jual beli kucing terus tak nak bela kucing dah.. Kalau nak dibela itu boleh, cuma larangan itu hanya keatas urusan jual beli sahaja! Faham?? Kalau terjumpa kucing tepi jalan ke atau kat mana sekali pun, boleh dibela..

Kucing kan haiwan kesayangan nabi kita, nak bela itu sudah pasti bagusnya.. Jangan mempersoalkan kenapa dilarang, kerana ia soal larangan daripada ALLAH.. So, kalau dah tahu pasal ini, perlu lah mengelak daripada melakukan urusan jual beli haiwan itu yer!! – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *