Jangan Jadi ‘Keyboard Warrior’ Kalau Tak Mahu Kerja Macam Bangla

Rakyat Malaysia terutama sekali golongan belia sibuk nak salahkan kerajaan, gara-gara keputusan kerajaan mahu membawa masuk lagi 1.5 juta buruh kasar warga Bangladesh ke Malaysia.

Pelbagai tuduhan dan tomahan yang dilemparkan… Ada yang menuduh kerajaan sengaja membawa masuk lebih ramai warga Bangladesh, hanya kerana mahu menjadikan mereka sebagai pengundi hantu pada pilihan raya umum ke-14 kelak.

Seperti khabar angin yang tersebar pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Katanya kerajaan menggunakan warga asing sebagai pengundi hantu, tetapi kenyataannya satu bukti pun macai pembangkang tidak dapat kemukakan.

Jelas penipuan tersebut sengaja dibuat-buat bagi memburukkan nama kerajaan. Terbaru, belia pula menuduh kerajaan sengaja mahu menutup peluang pekerjaan para graduan Universiti dan anak muda yang kurang berpendidikan.

Hairan?? Sebelum ini ramai graduan yang menganggur kerana tidak dapat kerja sedangkan kerja dalam sektor buruh, pertanian, pembinaan dan lain-lain sangat luas dan banyak peluang. Akan tetapi tidak dihiraukan mereka, sehinggalah memaksa kerajaan mengambil buruh asing.

Masa tu dorang tak fikir pulak yang kerajaan tawarkan pelbagai pekerjaan. Mungkin dorang yang keyboard warrior ni sebenarnya sombong dan bongkak… Langsung tak berani nak buat kerja yang sukar, mencabar dan membahayakan.

Tapi bila kerajaan ambil insiatif lain untuk memajukan negara… Tiba-tiba muncul pula golongan yang mengaku peluang pekerjaan mereka ditutup. Selama ini peluang tersebut sentiasa terbuka, tapi dorang je yang tidak endahkan.

Iyela lulusan universiti macam korang mana mahu kerja kotor, nanti awek-awek tak mahu. Sia-sia jela ambil diploma dan ijazah tapi lastly kerja buruh kasar je… Takde standard kan betul tak?? Kalau macam tu pemikiran korang, jadi kenapa nak persoalkan warga Bangladesh yang hanya layak jadi kuli ni nak tolong bangunkan negara korang??

Kalau setakat jadi keyboard warrior tapi tak mampu dan tak mahu buat kerja kotor macam geng bangla, so adalah lebih baik korang diam je. Cakap banyak pun buat semak jugak, kalau lastly korang end up dengan tak mahu kerja kotor dan jijik macam buruh tu. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *